From Wikipedia, the free encyclopedia
Kartel ialah sebuah kumpulan pengeluar bebas secara rasmi yang bertujuan meningkatkan keuntungan kolektif mereka dengan cara menetapkan harga, mengehadkan bekalan, atau apa-apa amalan ketat yang lain. Kartel biasanya mengawal harga jualan, tetapi ada yang dianjurkan untuk mengawal harga yang dibeli input. Undang-undang persaingan cuba menghalang atau melarang kartel. Sesuatu badan yang memiliki monopoli mengikut takrifan ini tidak boleh menjadi sebuah kartel, namun ia boleh menyalahgunakan monopoli ini dengan cara yang lainnya. Kartel biasanya berlaku dalam oligopoli, di mana ada sebilangan kecil penjual dan biasanya melibatkan produk yang sama jenis. Penipuan bidaan adalah suatu jenis kartel yang khusus.
Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum: yang dianjurkan oleh negara-negara berdaulat. Ia tidak akan dikenakan kuatkuasaan penentangan penggabungan industri di bidang kuasa lain oleh sebab itu doktrin dari kekebalan negara di bawah undang-undang antarabangsa awam. Namun, negara-negara ahlinya sering memecahkan pangkat mereka dengan melebihi kuota pengeluaran minyak yang dipersetujui.
Kebanyakan persatuan perdagangan, terutama dalam industri yang dikuasai oleh beberapa syarikat-syarikat besar sahaja, telah dituduh sebagai "topeng" kepada kartel atau memudahkan pertemuan rahsia dalam kalangan anggota kartel.
Walaupun kartel biasanya dianggap sebagai sebuah kumpulan syarikat, ada juga sesetngah orang yang menganggap kesatuan perrdagangan sebagai kartel, atas tujuan mereka memperjuangkan kenaikkan harga buruh (upah) dengan mencegah persaingan.
Kartel lain termasuk golongan pengamal perundangan dan perubatan di United Kingdom dan banyak negara-negara lain. Dalam golongan-golongan ini, badan-badan yang mengawal latihan, lesen untuk pengamalan dan kelayakan menyekat bilangan peserta baru dalam profesion ini mewujudkan satu bekalan buatan yang rendah serta meningkatkan pendapatan untuk orang-orang dalam profesion tersebut. Hal ini menyebabkan khidmat nasihat perundangan di Unuted Kingdom adalah mahal melainkan bagi mereka yang berpendapatan tinggi. Dalam profesion perubatan pula, United Kingdom mempunyai kekurangan doktor dan pakar bedah yang dahsyat sehingga adanya masa menunggu yang besar untuk operasi pembedahan mudah bahkan juga (menurut sesetengah orang) kes kematian yang boleh dielak,
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.