From Wikipedia, the free encyclopedia
Karōshi (過労死 , karōshi, "mati kerja lebih") ialah fenomena kematian dalam pekerjaan secara mengejut. Ia banyak dicatat di Jepun, namun hal sama juga mula terzahir di negara sebudaya seperti China (Cina ringkas: 过劳死; Cina tradisional: 過勞死; pinyin: guòláosǐ)[1] dan Korea Selatan (Korea: 과로사, rumi: gwarosa ).[2] Punca-punca utama kematian ini ialah serangan jantung dan angin ahmar akibat tekanan stres.
Fenomena karōshi pertama kali muncul pada tahun 1969 melalui suatu laporan mengenai seorang pemuda berusia 29 tahun yang bekerja di sebuah syarikat akhbar terbesar Jepun yang mati segera akibat diserang angin ahmar. Biro Pampasan Pekerja Kementerian Buruh negara tersebut menganggap kematian mangsa itu akibat kerja yang berlebihan.[3] Pada bulan Julai 2013, suatu kes karōshi yang menimpa Miwa Sado, wartawati politik NHK di apartmen beliau di mana Miwa diketahui bekerja selama 159 jam sebulan dan hanya mendapatkan cuti selama dua hari; kejadian ini amat menggemparkan badan penyiar terbabit sehingga ada desakan pembaharuan dilakukan ke atas waktu bekerja para kakitangan penyiar.[4]
Pada tahun 2015, Jabatan Kesihatan, Perburuhan, dan Kesejahteraan Jepun mengungkapkan jumlah kematian yang diakibatkan Karoshi di negara tersebut mencapai 1456 kes dalam masa 1 tahun.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.