From Wikipedia, the free encyclopedia
Kad ingatan ataupun kad ingatan kilat adalah sejenis storan komputer yang menggunakan ingatan kilat dan digunakan secara meluas di dalam peralatan elektronik digital seperti telefon bimbit, kamera digital, pemain audio digital dan konsol permainan video. Kadang-kadang ia juga dipanggil "mem-card" di kalangan pengguna.
Kad ingatan pernah dicadangkan sebagai pengganti kepada cakera liut, tetapi pemacu kilat USB telah pun mengambil alih peranan sebagai pengganti cakera liut. Hari ini, hampir kesemua komputer riba model terbaru disertakan dengan pembaca kad ingatan yang serasi dengan pelbagai format kad ingatan yang terdapat di pasaran.
Nama | Akronim | Bentuk | DRM |
---|---|---|---|
PC Card | PCMCIA | 85.6 × 54 × 3.3 mm | Tiada |
CompactFlash I | CF-I | 43 × 36 × 3.3 mm | Tiada |
CompactFlash II | CF-II | 43 × 36 × 5.5 mm | Tiada |
SmartMedia | SM / SMC | 45 × 37 × 0.76 mm | Tiada |
Memory Stick | MS | 50.0 × 21.5 × 2.8 mm | MagicGate |
Memory Stick Duo | MSD | 31.0 × 20.0 × 1.6 mm | MagicGate |
Memory Stick Micro M2 | M2 | 15.0 × 12.5 × 1.2 mm | MagicGate |
Multimedia Card | MMC | 32 × 24 × 1.5 mm | Tiada |
Multimedia Card Saiz Dikurangkan | RS-MMC | 16 × 24 × 1.5 mm | Tiada |
MMCmicro Card | MMCmicro | 12 × 14 × 1.1 mm | Tiada |
Secure Digital Card | SD | 32 × 24 × 2.1 mm | CPRM |
miniSD Card | miniSD | 21.5 × 20 × 1.4 mm | CPRM |
microSD Card | microSD | 11 × 15 × 1 mm | CPRM |
xD-Picture Card | xD | 20 × 25 × 1.7 mm | Tiada |
Intelligent Stick | iStick | 24 x 18 x 2.8 mm | Tiada |
Serial Flash Module | SFM | 45 x 15 mm | Tiada |
µ card | µcard | 32 x 24 x 1 mm | Tidak diketahui |
NT Card | NT NT+ | 44 x 24 x 2.5 mm | Tiada |
Memandangkan kebanyakan peranti EEPROM hanya membenarkan kitar tulis-padam yang terhad, kad ingatan menggunakan teknik perataan haus (wear-levelling) untuk menyerakkan kesan haus dan mengelakkan kehausan di bahagian tertentu sahaja.
Kebanyakan konsol permainan video kini menggunakan kad ingatan untuk menyimpan data permainan, memandangkan permainan video diedarkan dalam bentuk cakera optikal.
Saiz dalam kurungan adalah bagi kad ingatan rasmi.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kad ingatan. |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.