From Wikipedia, the free encyclopedia
Juliana (Juliana Louise Emma Marie Wilhelmina; 30 April 1909 – 20 Mac 2004) adalah seorang ratu memerintah dari Kerajaan Belanda. Beliau merupakan satu-satunya anak kepada Ratu Wilhelmina dan Puteri Henry. Beliau telah berkahwin dengan Putera Bernhard dari Lippe-Biesterfeld, di mana beliau mendapat empat orang anak: Puteri Beatrix (lahir 1938), Puteri Irene (lahir 1939), Puteri Margriet (lahir 1943), Puteri Christina (lahir 1947). Semasa Perang Dunia II beliau hidup dalam buangan bersama-sama anak-anak beliau di Ottawa, Kanada. Beliau menjadi Ratu Belanda apabila ibu beliau melepaskan takhta pada tahun 1948 dan digantikan dengan Ratu Beatrix selepas beliau sendiri melepaskan tahkta pada tahun 1980. Semasa pemerintahan beliau, Indonesia (Hindia Timur Belanda) pada tahun 1949 dan Suriname pada tahun 1975 mendapat kemerdekaan dari Belanda. Hari lahir beliau diraikan setiap tahun sebagai Koninginnedag, Hari Ratu. Setelah beliau melepasi umur 94 tahun, beliau menjadi bekas raja tertua di dunia.
Juliana | |||||
---|---|---|---|---|---|
Ratu Belanda | |||||
Pemerintahan | 4 September 1948 – 30 April 1980 (31 tahun, 239 hari) | ||||
Didahului oleh | Wilhelmina | ||||
Diikuti oleh | Beatrix | ||||
Pemakaman | 30 Mac, 2004 Nieuwe Kerk, Delft | ||||
Pasangan | Bernhard dari Lippe-Biesterfeld | ||||
Anakanda | Beatrix dari Belanda Puteri Irene Puteri Margriet Puteri Christina | ||||
| |||||
Kerabat | Kerabat Orange-Nassau* | ||||
Ayahanda | Henry dari Mecklenburg-Schwerin | ||||
Bonda | Wilhelmina dari Belanda | ||||
Agama | Reformed Protestant |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.