From Wikipedia, the free encyclopedia
Juan Gerardo Guaidó Márquez (Sebutan Sepanyol: [xwaŋ xeˈɾaɾðo ɣwai̯ˈðo ˈmaɾ.kes]; lahir 28 Julai 1983)[2] ialah seorang jurutera dan ahli politik dari Venezuela yang berkhidmat sebagai Presiden Perhimpunan Kebangsaan Venezuela serta juga Presiden tempoh interim Venezuela sejak 5 Januari 2019 sehingga 5 Januari 2023.
Juan Guaidó | |
---|---|
Presiden interim Venezuela | |
Dalam jawatan 23 Januari 2019 – 5 Januari 2023 Dipertelingkahkan Nicolás Maduro sejak 23 Januari 2019. | |
Didahului oleh | Nicolás Maduro |
Digantikan oleh | Nicolás Maduro |
Presiden Perhimpunan Kebangsaan Venezuela ke-10 | |
Dalam jawatan 5 Januari 2019 – 5 Januari 2023 | |
Naib Presiden | Edgar Zambrano Juan Pablo Guanipa |
Didahului oleh | Omar Barboza |
Digantikan oleh | Dinorah Figuera |
Majoriti Pemimpin Perhimpunan Kebangsaan Venezuela | |
Dalam jawatan 5 Januari 2018 – 5 Januari 2019 | |
Didahului oleh | Stalin González |
Digantikan oleh | Carlos Prosperi |
Ahli Perhimpunan Kebangsaan Venezuela | |
Dalam jawatan 5 Januari 2016 – 5 Januari 2021 | |
Kawasan pilihan raya | Vargas |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Juan Gerardo Guaidó Márquez 28 Julai 1983 La Guaira, Venezuela |
Parti politik | Bebas (sejak 2020) Voluntad Popular (2009–2020) |
Pasangan | Fabiana Rosales (k. 2013)[1] |
Anak | 2 |
Pendidikan | Universiti Katolik Andrés Bello Universiti George Washington |
Bidang pengkhususan | Jurutera, ahli politik |
Tandatangan | |
Guaido memperoleh diploma sekolah menengahnya pada tahun 2000 setelah tragedi Vargas tahun 1999, [3] yang berkemungkinan mempengaruhi politiknya di mana pemerintahan Chavez yang baru dilihat tidak memberi dukungan atau bantuan yang diberikan . [4] Beliau kemudian mendapatkan lisensi profesionalnya sebagai insinyur industri berikutan kelulusannya dari Universiti Katolik Andrés Bello (dengan kerjasama Universiti George Washington di Amerika Syarikat) pada 2007.
Beliau menjadi sebahagian daripada gerakan politik yang dipimpin mahasiswa yang melakukan tunjuk perasaan atas keputusan pemerintah Venezuela memberhentikan lesen penyiaran stesen televisyen bebas RCTV. [5] Kelompok ini juga memprotes usaha-usaha reformasi pemerintah meluas oleh rezim Hugo Chavez , termasuk referendum konstitusi tahun 2007. [6]
Guaido bersama beberapa tokoh politik lain termasuk Leopoldo López menubuhkan partai politik Voluntad Popular pada tahun 2009.[7]
Guaido diundi menduduki sebagai wakil pengganti dalam pilihan raya parlimen 2010, [8] serta mendapat kerusi penuh pada Perhimpunan Kebangsaan dalam pilihan raya parlimen 2015 dengan meraih 97.492 (26,01%) undian.[9][10] Sepanjang tempoh pendudukannya dalam kerusi ini, beliau bekerja menjalani penyelidikan terhadap kasus-kasus korupsi yang berlaku dalam pemerintahan Maduro serta bekerjasama dengan organisasi bebas untuk mengembalikan wang rakyat Venezuela yang dicuri hasil penggelapan teang ersebut.[11]
Guaido terpilih sebagai Presiden Perhimpunan Kebangsaan Venezuela pada Desember 2018, dan dilantik pada 5 Januari 2019. Setelah menjabat, beliau bersumpah untuk menentang Nicolás Maduro yang dituduh ingin merebut kekuasaan eksekutif secara tetap dan kekal setelah tempoh jawatan presidennya berakhir pada 10 Januari 2019. [12] [13] Beberapa pemimpin Amerika Latin menyerukan Maduro untuk menyerahkan kekuasaan eksekutif kepada Perhimpunan Kebangsaan pada akhir tempoh jawatannya agar pemilihan baru diadakan dalam usaha memulihkan demokrasi di negara tersebut. [14]
Berikutan tindakan-tindakan yang dilihat sebagai pelantikan "tidak sah" Maduro pada 10 Januari 2019, Guaido mengumumkan bahawa beliau akan menentang tuntutan kuasa Maduro dan mengadakan rapat umum pada hari berikutnya, di mana Perhimpunan Kebangsaan mengumumkan bahawa Guaido telah mengambil alih kekuasaan dan tugas presiden Venezuela serta meneruskan rancangan menjatuhkan Maduro. Pelantikan Guaido didukung kuat Pertubuhan Negara-Negara Amerika,[15][16][17] Maduro bertindak balas dengan memutuskan hubungan dengan negara-negara penyokog tersebut.
Pada 13 Januari 2019, beliau ditangkap oleh badan perisikan kebangsaan Venezuela SEBIN[18] namun kemudiannya dibebaskan pada hari yang sama.[19] Pada hari yang sama juga, beliau mengisytiharkan dirinya sebagai penjawat kerusi Presiden Venezuela secara interim.[20]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.