Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
João IV dari Portugal (19 Mac 1604 – 6 November 1656) ialah Raja Portugal dan Algarve dari tahun 1640 M sehingga kemangkatannya pada tahun 1656. Baginda merupakan cucunda Adipati Catarina[1] yang telah menuntut takhta Portugal dalam tahun 1580 dan mencetuskan krisis pewarisan Portugal. Baginda diberi jolokan "si Pemulih" (João o Restaurador). Pada saat kemangkatannya, Empayar Portugal berada pada puncak kuasanya serta merangkumi kawasan sebanyak hampir 3,000,000,000 ekar (12,000,000 km2).
João IV | |
---|---|
Raja Portugal dan Algarve (more...) | |
Pemerintahan | 6 April 1385 – 14 Ogos 1433 |
Pelantikan | 6 April 1385 |
Didahului oleh | Fernando I |
Diikuti oleh | Duarte |
Keputeraan | 11 April 1357 Lisbon, Portugal |
Kemangkatan | 14 Ogos 1433 (usia 76 tahun) Lisbon, Portugal |
Pemakaman | Biara Batalha |
Pasangan | Philippa dari Lancaster (k. 1387, m. 1415) |
Anakanda among others... |
|
Kerabat | Wangsa Aviz |
Ayahanda | Pedro I dari Portugal |
Bonda | Teresa Lourenço |
Agama | Gereja Katolik Rom |
João diputerakan di Vila Viçosa dan menggantikan ayahandanya Teodósio II sebagai pembesar Bragança selepas kematian bakal raja itu pada tahun 1630. Baginda berkahwin dengan Luísa dari Gusmão (1613–1666), puteri sulung Juan Manuel Pérez dari Gusmão, Adipati Kelapan Medina-Sidonia, pada tahun 1633. Baginda naik takhta Portugal (di mana baginda dianggap sebagai keturunan sah) ketika berlangsungnya revolusi pada tanggal 1 Disember 1640, melawan Raja Sepanyol Felipe IV.
Kenaikan takhtanya menyebabkan Perang Pemulihan Portugal dengan Sepanyol yang berlarutan sehingga ia berakhir dengan pengakuan kemerdekaan Portugal dalam pemerintahan berikut (1668). Portugal menandatangani suatu perjanjian persepakatan dengan Perancis (1 Jun 1641) dan Sweden (Ogos 1641) namun dengan keperluan untuk kelangsungan di medan Perang Tiga Puluh Tahun melawan Sepanyol dan melawan pencerobohan pihak Belanda terhadap jajahannya. Di Sepanyol, serangan pasukan Portugis mengalahkan Sepanyol pada Montijo, berdekatan Badajoz pada tahun 1644. Di luar negara pula, Belanda mengambil Melaka (Jan 1641) manakala Sultan Oman merebut Masqat (1650). Meskipun demikian, pihak Portugis dalam masalahnya membahagikan pasukan mereka di antara Eropah, Brazil dan Afrika berhasil merampas kembali Luanda, Angola dari Belanda pada tahun 1648 dan pada tahun 1654, mendapat kembali hampir seluruh kawasan jajahan Brazil, efektif berhenti menjadi koloni Belanda yang layak. Hal ini berlawanan dengan kehilangan pemilikan Ceylon (Ceilão, kini Sri Lanka, kepada Belanda yang mengambil kota Colombo pada tahun 1656.
João mangkat pada tahun 1656 dan takhtanya diambil alih oleh puteranya Afonso VI. Puterinya Catarina, Adipati Wanita Bragança, berkahwin dengan Raja Charles II dari England.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.