jabatan kerajaan Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
جابتن ڤمباڠونن كماهيرن | |
Intisari agensi | |
---|---|
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Tingkat 7 - 8, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya |
Kakitangan | 647 (2018) |
Belanjawan tahunan | MYR 78,930,300 (2018) |
Eksekutif kerajaan |
|
Agensi induk | Kementerian Sumber Manusia Malaysia |
Dokumen penting |
|
Laman sesawang | www |
Jabatan Pembangunan Kemahiran (Tulisan Jawi: جابتن ڤمباڠونن كماهيرن) merupakan salah sebuah daripada Jabatan dan agensi yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Jabatan Pembangunan Kemahiran merupakan agensi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan bagi menggalak dan menyelaras strategi dan program latihan kemahiran sejajar dengan usaha untuk memperkasakan bidang kemahiran. Melalui agenda SkillsMalaysia yang diumumkan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2011, Kerajaan berhasrat untuk mencapai 50 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang tahun 2020. Menyemarakkan lagi usaha ini, Kerajaan telah mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi tujuan kemasukan ke dalam 13 skim perkhidmatan awam.
Selaras dengan usaha mengarusperdana latihan kemahiran di Malaysia, karnival dan pertandingan kemahiran dianjurkan untuk mempromosi bidang-bidang kemahiran baru dan sedia ada di samping menarik minat lepasan sekolah dan menukar persepsi negatif masyarakat terhadap bidang latihan kemahiran. Justeru, adalah diharapkan masyarakat kini lebih yakin memilih latihan kemahiran sebagai opsyen kerjaya utama dan seterusnya menyumbang kepada usaha menjana ekonomi negara berpendapatan tinggi.
Peneraju dalam pembangunan sumber manusia mahir bertaraf dunia.
Membangunkan sumber manusia yang berpengetahuan (k-Pekerja) yang berdaya saing.
Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama JPK. Persijilan ini menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu :
Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah
Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :
Pusat Bertauliah bererti penyedia latihan kemahiran, samada institusi latihan atau tempat kerja (workplace) yang telah diluluskan oleh JPK untk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan NOSS.
Terdapat 2 kategori Pusat Bertauliah
Senarai Pusat Bertauliah PB SLaPB boleh disemak di sini.
Program-program yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah dibangunkan .
Semua progra yang ditawarkan oleh PB SLaPB boleh di semak di sini.
SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ‘Dual’ bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu:
Objektif utama SLDN – melahirkan pekerja berpengetahuan (K-Workers) iaitu pekerja yang memiliki tiga elemen kompetensi iaitu:
SLDN merupakan satu kaedah latihan yang berlandaskan industry driven dimana dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi latihan. Pelaksanaan SLDN boleh dibuat dengan kaedah berikut:
Tempoh Latihan | Tempoh latihan bagi sesuatu program yang dilaksanakan merujuk kepada pekeliling KPPK bil. 2/105 dan jumlah jam kredit yang ditetapkan di dalam sesuatu SKPK/ NOSS. |
Nisbah Latihan | 70% hingga 80% latihan amali (prestasi) di industri dan 20% hingga 30% latihan teori (pengetahuan) di pusat latihan. |
Kaedah Penyampaian | Lepasan Harian
Contoh: 1 – 2 hari seminggu pembelajaran teori (pengetahuan) dan kemahiran asas di pusat latihan serta 4 – 5 hari seminggu latihan amali (prestasi) di syarikat. Lepasan Bulanan Contoh: 1 – 2 bulan pembelajaran teori (pengetahuan) dan kemahiran asas di pusat latihan serta 4 – 5 bulan latihan amali (prestasi) di syarikat. |
Rujukan Standard Latihan | Berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK/NOSS) atau Kurikulum SLDN. |
Persijilan | Perantis yang yang menamatkan latihan ini dengan jayanya akan dianugerahkan:
|
Syarikat yang menjalankan latihan SLDN akan mendapat faedah berikut:
Senarai Pusat Bertauliah SLDN boleh disemak di sini.
Senarai program SLDN boleh disemak di sini.
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ataupun dahulu dikenali sebagai Pentauliahan Pencapaian Terdahulu merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.
Kaedah ini mula diperkenalkan sebagai salah satu kaedah Persijilan Kemahiran Malaysia pada 13 September 1996 bertujuan memberi pengiktirafan kepada pekerja mahir negara di mana kaedah ini menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat di mana proses ini dapat membantu individu untuk menilai dan membina pembelajaran yang mereka telah perolehi secara formal atau tidak formal.
Semua pekerja industri dari sektor perkhidmatan dan pembuatan yang memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan. Pekerja industri yang layak akan dianugerahkan Sijil sehingga tahap tertinggi mengikut bidang masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS).
Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tanpa mengambil kira bila, bagaimana dan di mana ianya diperolehi sama ada melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup ataupun latihan (formal atau tidak formal).
Faedah kepada individu
Standard kemahiran memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan. Kejayaan projek pembangunan standard kemahiran dan ianya berguna kepada masyarakat bergantung pada penyertaan penuh dan komitmen semua pihak yang berkepentingan. Manfaat ini boleh digunakan sebagai penanda aras untuk menilai keberkesanan usaha bersama.Menentukan tahap kemahiran tenaga kerja mahir Panduan menyenaraikan tugas dan skop kerja Menilai prestasi pekerja Menjimatkan kos dan masa melatih semula pekerja Meningkatkan kualiti produktiviti, inovasi dan daya saing .
Singkatan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.
Ciri-Ciri Utama NOSS
Standard kemahiran memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan. Kejayaan projek pembangunan standard kemahiran dan ianya berguna kepada masyarakat bergantung pada penyertaan penuh dan komitmen semua pihak yang berkepentingan. Manfaat ini boleh digunakan sebagai penanda aras untuk menilai keberkesanan usaha bersama.
Daftar NOSS boleh di muatrunun dari MySPIKE.
Semakan NOSS boleh di buat di sini.
Ujian Tanpa Musnah atau lebih dikenali sebagai NDT adalah satu bentuk pengujian bahan/komponen tanpa memusnah, merosak atau mengubah struktur bahan tersebut. Aplikasi NDT digunakan secara meluas di dalam sektor industri minyak dan gas, pembuatan, perkapalan, aeroangkasa, landasan keretapi dan loji kuasa.
Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Ujian Tanpa Musnah (SPKM-NDT) adalah skim persijilan kebangsaan bagi program NDT yang mula diperkenalkan pada tahun 1986. Sehingga kini, sejumlah besar tenaga kerja mahir bidang NDT yang diperlukan bagi memenuhi keperluan industri minyak dan gas, petrokimia, penjanaan kuasa, automotif, pembuatan dan sebagainya telah berjaya dilahirkan.
Pelaksanaan persijilan SPKM-NDT adalah berasaskan Standard Antarabangsa ISO 9712:2012 dan JPK merupakan badan persijilan tunggal bagi skop NDT di Malaysia yang memperolehi akreditasi MS ISO/IEC 17024:2012 daripada Jabatan Standards Malaysia (JSM) mulai 3 Oktober 2012 sehingga kini. Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau lebih dikenali sebagai NOSS (National Occupational Skills Standards) menggariskan standard kompetensi bagi personel NDT yang melaksanakan khidmat pengujian kepada industri dan dibangunkan mengikut keperluan ISO 9712:2012. Ia merupakan asas pengukuran kompetensi individu untuk penganugerahan kelayakan dan Sijil di bawah SPKM NDT.
Skim persijilan SPKM NDT yang berasaskan ISO 9712:2012 merupakan inisiatif yang digerakkan oleh JPK untuk memastikan proses kerja dan kawalan kualiti dalam mempersijilkan seseorang personel NDT diseragamkan dengan amalan antarabangsa. Dengan pengiktirafan ISO 17024 dan ISO 9712 ini, pelaksanaan Skim Persijilan SPKM NDT JPK telah memenuhi standard, tahap dan kualiti yang diiktiraf oleh industri dan persijilan personel NDT di bawah skim adalah standing dengan pensijilan-pensijilan lain yang digunapakai di peringkat antarabangsa.
Program NDT yang ditawarkan oleh JPK adalah seperti berikut;
Pejabat | Alamat |
IBU PEJABAT |
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Tingkat 7 - 8, Blok D4, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62530 Putrajaya Tel : 03-8886 5589 | Faks : 03-8889 2423 Email : jpk[at]mohr[dot]gov[dot]my Portal : http://www.dsd.gov.my Koordinat : 2.937707, 101.705040 |
JPK CYBERJAYA |
Jabatan Pembangunan Kemahiran Cyberjaya
Blok 4803, Suite 0-10, Bangunan CDB Perdana Persiaran Flora 63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-8321 4700 | Faks : 03-8321 4888 Koordinat : 2.923510, 101.651604 |
Pejabat Wilayah | Alamat |
|
Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Tengah,
Kementerian Sumber Manusia, A301-2, A305-7 &C308, West Tower, Tingkat 3, Wisma Consplant 2, No. 7, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-56359995 | Faks : 03-56388777 / 03-56381113 Email : jpktengah[at]mohr[dot]gov[dot]my Koordinat : 3.081097,101.583092 |
|
Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan,
Kementerian Sumber Manusia Aras 18, Menara KWSP, Jalan Dato' Dalam 80000 Johor Bahru Johor Tel : 07-2226503 | Faks : 07-2226607 Email : jpkselatan[at]mohr[dot]gov[dot]my Koordinat : 1.461341,103.758648 |
|
Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Utara,
Kementerian Sumber Manusia Lot MZ.03 & MZ.04, Tingkat Mezzanin Bangunan KWSP, No. 3009, Off Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang. Tel : 04-3809400/1/2 | Faks : 04-3809413 Email : jpkutara[at]mohr[dot]gov[dot]my Koordinat : 5.394379,100.397739 |
|
Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Timur,
Kementerian Sumber Manusia Tingkat 6, Wisma MAIDAM Jalan Banggol 20100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman. Tel : +609-6265500 | Faks : +09-6265502 / 09-6265503 Email : jpktimur[at]mohr[dot]gov[dot]my Koordinat : 5.330709,103.13482 |
|
Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sarawak,
Kementerian Sumber Manusia No.11-01 & 11-02, Level 11 Ariva Gateway Kuching Jalan Bukit Mata 93100 Kuching Sarawak Tel : 082-420257/70/73 | Faks : 082-420278 Email : jpkswk[at]mohr[dot]gov[dot]my Koordinat : 1.555855,110.352441 |
|
Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sabah,
Kementerian Sumber Manusia Lot A6.2 & A6.3, Tingkat 6 Blok A, Bangunan KWSP, Jalan Karamunsing 88598 Kota Kinabalu Sabah Tel : 088-270420/413 | Faks : 088-270424 Email : jpksbh[at]mohr[dot]gov[dot]my Koordinat : 5.967524999999999,116.072493 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.