From Wikipedia, the free encyclopedia
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن كهكيمن شرعية مليسيا; singkatan: JKSM) merupakan agensi kerajaan Persekutuan di Malaysia yang bertanggungjawab menyeragamkan hal ehwal pentadbiran Mahkamah Syariah dan kehakiman Syariah di Malaysia. JKSM di ketuai oleh Dato' Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain.
جابتن كهكيمن شرعية مليسيا | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | November 1998 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Blok C, Kompleks Islam Putrajaya, No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya |
Kakitangan | 578 (2018) |
Belanjawan tahunan | MYR 55,765,300 (2018) |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif kerajaan |
|
Agensi induk | Jabatan Perdana Menteri Malaysia |
Laman sesawang | www |
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Julai 1996 telah bersetuju dengan cadangan penyusunan semula mahkamah-mahkamah Syariah seluruh Malaysia. JKSM telah diisytiharkan penubuhannya pada bulan November 1998 oleh YB Dato’ Haji Abdul Hamid bin Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Pusat Islam Malaysia, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.
Di awal penubuhan, JKSM ditempatkan di Aras 3, Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara, Kuala Lumpur yang merupakan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Pada tahun 1999, pejabat JKSM berpindah ke lokasi Aras 3, Blok Perpustakaan Awam Islam JAKIM, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Lokasi JKSM seterusnya berpindah ke Aras 6, Rumah Persekutuan, Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur. Kemudian pada 10 Julai 2001, ibupejabat JKSM telah ditempatkan di Aras 2 & 3, Blok D7, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya sehingga Januari 2017. Pada Februari 2017 JKSM telah berpindah ke Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,62100 Putrajaya, Malaysia sehingga sekarang.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.