Itik Peking atau Itik Panggang Peking ialah hidangan itik terkenal dari Beijing yang telah disediakan sejak zaman empayar lagi dan kini dianggap sebagai salah satu makanan negara China dan Korea Selatan.

Thumb
Itik Peking selepas dikeringkan.

Hidangan Itik Peking dihargai kerana kulitnya yang nipis dan garing, dengan versi aslinya menyajikan kulit hampir pada keseluruhannya, tanpa banyak daging, dan dihiris di hadapan pelanggan oleh tukang masak. Itik yang diternak khas untuk hidangan ini disembelih selepas 65 hari dan diperasakan sebelum dipanggang di dalam ketuhar tertutup atau ketuhar gantung. Dagingnya sering dimakan dengan penkek, daun bawang, dan sos hoisin atau sos mi manis.

Dua restoran yang paling terkenal di Beijing yang melayani hidangan istimewa ini ialah:

  • Quanjude; dan
  • Bianyifang;

yang telah wujud selama dua abad dan telah menjadi jenama sebutan ramai. Kelainan hidangan ini yang dikenali sebagai "itik aromatik garing" telah dicipta oleh komuniti Cina di United Kingdom.

Lihat juga

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.