Istana kota St Mawes

From Wikipedia, the free encyclopedia

Istana kota St Mawes
Remove ads

Istana kota St Mawes merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Britain. Istana kota St Mawes terletak di bahagian barat Cornwall. Sehingga awal kurun ke enam belas bahagian barat Cornwall kekal tanpa pertahanan., tetapi satu kejadian di muara Fal antara armada Sepanyol dengan sekumpulan kapal perang Perancis menyebabkan sekumpulan orang bertanah (gentry) tempatan mendesak Raja Henry VIII untuk memberi perlindungan bagi menghadapi sebarang serangan masa hadapan. Pada tahun 1538 dua rumah sekatan (blockhouses) di pada dua tanjung bersebelahan mengadap Teluk Falmouth Bay di Pendennis Point dan di St Mawes, tetapi ini kemudiannya dipertingkatkan hanya dalam dua tahun berikutnya dengan tambahan struktur istana kota sebenar.

Fakta Segera Koordinat, Jenis ...
Remove ads

Pembinaan struktur istana kota itu mengambil masa selama lima tahun, dan sejumlah £5,000 dibelanjakan bagi menyiapkan, bangunan utama di Istana kota St Mawes terdiri daripada Menara Ibu bulat pusat, dengan tiga unjuran (bastion) separa bulat. Unjuran (bastion) ini hanya setinggi tingkat sati menara, dan disusun mengelilinginya dalam bentuk daun cengkih, dengan bahagian menghala kearah darat menjadi laluan masuk utama merentasi parit. Ini merupakan kebiasaan bagi kubu artileri Henry VIII, satu bangunan rendah dengan dinding tebal direka khusus bagi meletakkan meriam di atas setiap pelantar. Profil renek tradisi St Mawes turut menjadikannya satu sasaran sukar untuk kapal musuh menembaknya. Semasa tempoh Tudor, bumbungnya juga turut digunakan sebagai pelantar meriam, dan turet berkubah kecil digunakan sebagai tempat tinjau. Dalamannya, Menara Ibu menurut aturan kebiasaan piwaian. Di bilik bawah tanah sebuah perigi dan kesemua kemudahan dapur, dan di tingkat atasnya adalah bilik makan garison. Di tingkat atas ruang dibahagi antara berek untuk tentera dan kedudukan senjata tangan. Bangunan bastion mengandungi kebanyakan persenjataan berat istana kota.

Disebalik kekuatan pertahanannya dari serangan laut, St Mawes tidak memiliki kedudukan menguasai arah daratan. Terletak di kaki bukit ia sentiasa terdedah pada serangan dari darat, dan ini terbukti semasa Perang Saudara apabila gabenor raja bagi istana kota itu menyerah tanpa menembak sekalipun. Hampir sejak dari mula, Pendennis dianggap lebih penting dari kedua istana kota, diperbesarkan dengan kos yang tinggi semasa era Elizebeth pada akhir kurn ke enam belas, dan menerima meriam tambahan dari St Mawes. Terdapat kemungkinan bahawa peningkatan pertahanan dalam bentuk tambahan unjuran (bastions) sudut, diperkenalkan di St Mawes pada tempoh yang sama.

Selepas Perang Saudara istana kota St Mawes menjadi terbiar, tetapi ia diberikan rupa baru' apabila Bedil Laut (Sea Battery) baru dibentuk. Menjelang dekad pertama pada kurun kesembilan belas, bagunan telah dirobohkan, alas meriam reput, dan sebahagian berek kayu telah dijual. Bedil Laut Utama (Grand Sea Battery) kemudiannya dibina semula, dan satu ruang peluru (magazin) dibina.

Peningkatan dan penyelenggaraan berterusan sepanjang abad ke dua puluh bagi menangani perubahan cabaran perperangan moden. Selama itu, St Mawes secara berterusan diduduki oleh pasukan tentera sehingga lama selepas Perang Dunia Kedua. Bahawa ia kekal terselamat dengan tahap yang mengkagumkan pastinya disebabkan pada fakta bahawa setidak-tidaknya ia dianggap penting bagi pertahanan Falmouth. Kerja batu luaran tidak banyak berubah dan hanya sedikit perubahan dilakukan pada istana kota asal. Satu ciri yang paling mengejutkan di St Mawes adalah jumlah dan kualiti perincian ukiran yang dapat dilihat. Kota persisiran Henry biasanya kota kara padu, boleh guna direka terutamanya bagi menghalang penyerang. Penonjolan mewah bagi kekayaan dan kuasa Raja ini tidak pernah dilihat di sebarang kedudukan kuat tentera masanya.

Hari ini, bersiar disekeliling Istana kota St Mawes hampir seperti meengembara merentasi masa. Kini ia amat damai, dan memberikan pemandangan indah menyeberangi teluk seindah gambar, ia amat mudah bagi menggambarkan bagaimana tentera tinggal di istana kota 'selesa' ini.

Remove ads

Nota

    Rujukan

    Loading content...

    Bibliografi

    Pautan luar

    Loading content...
    Loading related searches...

    Wikiwand - on

    Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

    Remove ads