Remove ads
Tanda "tasykil" From Wikipedia, the free encyclopedia
Skrip bahasa Arab memiliki pelbagai tanda diakritik, termasuk i'jam (إِعْجَام, penunjuk konsonan), dan tashkīl (تَشْكِيل, diakritik tambahan, dalam rencana ini dieja "Tasykil"). Tasykil merangkumi ḥarakāt (حَرَكَات, tanda vokal; tunggal:ḥarakāh (حَرَكَة), dieja "Harakat" dalam rencana ini).
Skrip Arab merupakan abjad tak tulen. Konsonan-konsonan dan vokal-vokal panjang diwakilkan oleh huruf, akan tetapi vokal pendek dan kepanjangan konsonan tidak diberikan dalam tulisan. Tasykil adalah pilihan yang dapat digunakan untuk mewakili vokal yang tidak hadir dan juga kepanjangan konsonan. Bahasa Arab Piawai Moden hampir kesemuanya ditulis dengan penunjuk konsonan, akan tetapi kadang kala teks yang tidak mengandungi penunjuk juga dapat dijumpai. Teks-teks awal seperti yang terkandung dalam kitab Quran pada asalnya ditulis tanda tanda penunjuk dan tanda penunjuk ini ditambah kemudian buat menentukan pembacaan serta pentafsiran yang diharapkan.
Maksud harfiah tashkīl ialah 'pembentukan'. Oleh sebab teks Arab normal tidak membekalkan maklumat yang mencukupi tentang sebutan, tujuan utama tasykil (dan harakat) adalah untuk menyediakan panduan fonetik ataupun bantuan fonetik; yakni, buta menunjukkan sebutan yang betul. Matlamatnya sama seperti furigana (juga dipanggi 'ruby') dalam bahasa Jepun atau pinyin zhuyin dalam bahasa Mandarin buat kanak-kanak yang baharu belajar membaca, atau untuk pelajar bangsa asing.
Sebahagian besar skrip Arab ditulis tanpa menggunakan harakat (atau vokal pendek). Walau bagaimanapun, harakat sering diketemui dalam teks-teks keagamaan yang perlu mamatuhi peraturan-peraturan sebutan seperti kata Quran الْقُرْآن〉(al-Qur’ān). Harakat juga sering ditambah dalam penulisan Hadis الْحَدِيث〉(al-ḥadīth; majmuk: aḥādīth). Satu lagi kegunaan adalah dalam buku-buku kanak-kanak. Selain itu, harkat juga digunakan dalam teks biasa apabila timbulnya kekaburan sebutan. Kamus-kamus bahasa Arab ynag mempunyai vokal menyediakan maklumat tentang sebutan betul buat kedua-dua penutur Arab natif dan juga penutur asing.
Vokal-vokal pendek boleh disertakan dalam kes kekaburan kata tidak dapat ditangani dengan konteks sahaja, atau apabila penulisan itu dapat diserikan dengan penggunaannya.
Berikut skrip Arab yang ditulis dengan vokal penuh (petikan daripada Quran (Al-Fatiha 1:1):
بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
bism Allāh al-Raḥmān al-Raḥīm
Maksud: Dengan Nama Allāh, Maha Penyayang, Maha Mengasihani...
Sebilangan buku teks yang dikhususkan untuk kegunaan bangsa asing sekarang menggunakan harakat sebagai panduan fonetik agar pembelajaran bahasa lebih mudah. Kaedah lain yang digunakan dalam buku teks adalah perumian fonetik buat teks yang tidak disediakan tanda vokal. Teks-teks Arab yang diberikan vokal penuh (yakni teks Arab dengan harakat) memang dicari-cari penuntut bahasa Arab. Beberapa kamus dwibahasa yang terdpat dalam talian juga menyediakan harakat sebagai panduan fonetik.
Harakat, yang maksud harfiahnya 'pergerakan' adalah tanda vokal pendek. Terdapat sedikit kekaburan tentang mana bahagian tasykil yang juga merupakan harakat; misalnya, tanwīn (seterusnya dieja 'tanwin') merupakan penanda buat vokal dan konsonan.
ـَ Fatḥah (disebut 'fat-ha') 〈فَتْحَة〉 ialah sebuah baris melintang kecil yang ditulis pada atas huruf, dan mewakili /a/ pendek. Kata 'fatḥah' (فَتْحَة) sendiri mempunyai maksud 'buka', dan merujuk kepada mulut yang dibuka apabila menyebut /a/. Misalnya dengan huruf د (dāl) (konsonan asas dalam contoh-contoh berikutnya): 〈دَ〉 /da/.
Apabila fatḥah diletakkan sebelum sesuatu huruf ا (alif), ia mewakili /aː/ panjang (seperti dalam kata 'haa'). Contoh, dengan 〈دَا〉 /daː/. Fathah lazimnya tidak ditulis dalam kes-kes sebegini.
Kasrah 〈كَسْرَة〉, (harfiah, 'memecah'), ialah baris melintang yang diletakkan di bawah sesuatu huruf. Kasrah mewakili /i/, contoh: Apa kasrah diletakkan sebelum huruf ي (yā’), ia melambangkan /iː/ panjang (seperti dalam kata 'siin'). Contoh: 〈دِي〉 /diː/. Kasrah lazimnya tidak ditulis dalam kes-kes sedemikian akan tetapi jika 'yā’' ( ي) disebut sebagai diftong /aj/ (bunyi, 'ai'), fathah harus ditulis pada konsonan sebelum ي bagi mengelakkan sebutan yang salah.
Dammah 〈ضَمَّة〉 ialah sebuah tanda diakritik seakan-akan و yang diletakkan di atas sesebuah huruf bagi mewakili bunyi /u/ pendek. Contoh: 〈دُ〉 /du/. Apabila dammah diletakkan sebelum huruf ُو (wāw), aksara ini mewakili /u:/ panjang. Contoh: 〈دُو〉 /duː/. Dammah lazimnya tidak ditulis dalam kes-kes sebegini, akan tetapi jika wāw (و) disebut sebagai diftong /aw/ (bunyi, 'au') fathah perlu ditulis pada konsonan sebelumnya bagi mengelakkan sebutan yang salah.
Tanda maddah 〈مَدَّة〉 ialah tanda diakritik yang mirip tanda tilde (~). Tanda ini hanya boleh diletakkan di atas ا (alif). Tanda ini menunjukkan hentian glotis /ʔ/ diikuti oleh /a:/ panjang.
Pada teori, jujukan yang sama /ʔaː/ dapat juga diwakilkan dengan dua alif, seperti dalam *〈أَا〉, di mana hamzah di atas alif pertama mewakili /ʔ/ sementara alif kedua mewakili /aː/. Namun demikian, alif berturut-turut tidak digunakan dalam ortografi Arab . Sebaliknya, jujukan ini perlu ditulis sebagai sebuah alif dengan tanda maddah di atasnya. Gabungan ini dikenali sebagai alif-maddah. Contoh: 〈قُرْآن〉 /qurˈʔaːn/.
Alif superskrip (أَلِف خَنْجَرِيَّة〉(alif khanjarīyah), ditulis sebagai coretan menegak pendek di atas sebuah konsonan. Ia menadakan bunyi /aː/ panjang pada tempat yang alif lazimnya tidak ditulis, misalnya 〈هٰذَا〉(hādhā) atau 〈رَحْمٰن〉(raḥmān).
Alif pendek ini hanya hadir pada sebilangan kecil kata akan tetapi kata-kata ini sering ditemui. Ia amat jarang ditulis, mahupun dalam teks yang ditulis dengan tanda vokal. Kebanyakan papan kunci tidak mengandungi alif pendek. Perkataan َالله (Allāh) lazimnya dicetak secara automatik dengan memasukkan huruf-huruf Arab alif (ا) lam (ل) lam (ل) ha (ه ).
ﷲ: kata 'Allah' ini mengandungi alif dengan ligatur (perangkai) lam berganda dengan shaddah dan alif pendek di atas lam.
Waslah (waṣlah ⟨وَصْلَة⟩, alif waṣlah ⟨أَلِف وَصْلَة⟩) atau hamzah waslah (hamzat waṣl ⟨هَمْزَة وَصْل⟩) berbentuk macam huruf Sad kecil di atas alif ⟨ٱ⟩ (juga diwakilikan dengan alif ⟨ا⟩ tanpa hamzah. Tanda begini bermakna bunyi alif tidak disebut, misalnya, ⟨بٱسم⟩.
Tanda ini hanya hadir pada awal kata (boleh hadir selepas kata depan dan kata sandang pasti). Ia sering diketemui dalam kata kerja imperatif, aspek sempurna kata kerja VII hingga X, dan kata nama karyaan (verbal noun, Arab: maṣdar). Huruf alif kata sandang pasti dianggap sebagai "waslah"[1].
Ia hadir dalam frasa dan ayat (pertuturan bersambung, bukan dalam bentuk tersendiri ataupun kamus) untuk:
Sukun (sukūn ⟨سُكُون⟩) ialah tanda diakritik berbentuk bulatan kecil yang ditulis di atas sesebuah huruf. Ia menandakan yang konsonannya (perlu diingati bahawa semua huruf Arab dikira konsonan) tidak diikuti vokal; tanda ini perlu bagi menulis suku kata konsonan-vokal-konsonan, yang sering terdapat dalam bahasa Arab. Contoh: ⟨دَدْ⟩ dad.
Ia boleh juga digunakan untuk mewakili diftong (dua huruf vokal seperti 'ai', 'ay' 'au', dan 'oi' yang menghasilkan bunyi berangkap). Sebuah fatḥah yang diikuti oleh huruf ya ⟨ي ⟩ dengan sebuah sukūn di atasnya menunjukkan diftong ay (IPA /aj/). Fathah yang diikuti huruf ⟨ﻭ⟩ dengan sukūn menunjukkan /aw/.
Ketiga-tiga tanda diakritik buat vokal (fathah, dammah dan kasrah) boleh digandakan pada penghujung kata bagi menunjukkan yang vokal disusuli dengan konsonan nun. Keadaan sebegini disebut "tanwin" tanwīn ⟨تَنْوِين⟩. Tanda-tanda ini menunjukkan (kanan ke kiri) -un, -in, -an.
Penghujung-penghujung ini digunakan dalam nahu sebagai penghujung kasus tak henti buat artikel-artikel (tanda sandang) dalam penulisan-penulisan bahasa Arab Sastera ataupun Bahasa Arab Klasik. Penghujung-penghujung ini boleh ditulis dalam teks yang dibaca dan diujarkan, mahupun penghujung-penghujung ini tidak disebut dalam ujaran atau pembacaan. Penghujung-penghujung sedemikian tidak hadir dalam banyak dialek Arab. Banyak buku teks Arab memerkenalkan bahasa Arab Piawai tanpa penghujung-penghujung ini. Penghujung-penghujung nahu ini juga tidak tertulis dalam teks yang mengandungi tanda diakritik oleh sebab pengetahuan tentang i‘rāb berbeza antara negara-negara, dan kini terdapat usaha untuk memudahkan nahu bahasa Arab.
Tanda ⟨ـً⟩ sering sekali ditulis tergabung dengan ⟨ـًا⟩ (alif), ⟨ةً⟩ (ta marbutah) atau bersendirian ⟨ءً⟩ (hamzah). Alif perlu ditulis (melainkan dengan kata-kata yang berakhir dengan ta marbutah, hamzah, atau diptote).
Kasus-kasus nahu dan penghujung tanwīn dengan bentuk-bentuk triptote tak pasti:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.