Hantu Punya Bos ialah sebuah siri drama televisyen komedi romantik Malaysia 2016 arahan Feroz Kader dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Intan Najuwa.[1] Diadaptasi dari novel 2013 bertajuk sama karya Dekna Lee, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 28 Disember 2016 hingga 31 Januari 2017 menggantikan Love You Mr. Arang.[2][3]
Hantu Punya Bos | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Novel asal oleh Dekna Lee |
Pencipta | Dekna Lee |
Ditulis oleh | Dekna Lee |
Pengarah | Feroz Kader |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Hantu Atau Buaya" oleh Nana Sheme |
Lagu penutup | "Hantu Atau Buaya" oleh Nana Sheme |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit | David Teo |
Tempoh siaran | 20 minit |
Syarikat pengedaran | MIG Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 28 Disember 2016 – 31 Januari 2017 |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]
Mengisahkan Abby (Intan Najuwa) yang mengambil keputusan secara mengejut untuk menggantikan tempat kerja sahabat baiknya, Diela kerana memerlukan wang untuk mengubati ibunya yang sedang sakit di kampung. Diela pula tidak sabar untuk berhenti bekerja dengan bos yang berperangai seperti hantu. Arrayyan (Shukri Yahaya) terkejut apabila Diela dapat cari penggantinya dalam masa yang singkat. Namun, Arrayyan akur dan menerima Abby sebagai pembantu peribadinya. Yang Arrayyan tidak sangka, sikap Abby yang cepat melatah dan suka menjawab bakal mencabar dirinya sebagai seorang bos yang sering ditakuti oleh pekerjanya.
Pada hari pertama, Arrayyan menyuruh Abby memperkenalkan diri kepada semua staf. Abby cemas dan terus dimarah oleh Arrayyan, Abby menjawab secara spontan dan membuatkan semua orang terpaku dengan keberaniannya. Arrayyan memaafkannya sebab baru hari pertama Abby bekerja. Arrayyan mula naik angin apabila Abby membalas tengkingannya. Itu merupakan kali pertama Arrayyan ditengking dalam seumur hidup. Pada mulanya, Arrayyan sukar untuk menerima telatah Abby yang suka melatah. Namun, dia akur apabila Abby segera meminta maaf.
Seluruh pejabat mentertawakan Arrayyan yang terkebil-kebil ditengking Abby. Oleh kerana terlalu bengang, Arrayyan hendak memotong gaji semua orang sebanyak 20%. Abby rasa bersalah dan meminta Arrayyan memotong gajinya. Dato’ Zainuddin, ayah kepada Arrayyan membuat lawatan mengejut ke pejabat. Dia memerhatikan sikap garang Arrayyan pada Abby. Dato’ Zainuddin berpesan kepada Arrayyan untuk mengawal kemarahan. Dato’ Zainuddin turut memberi amaran supaya Abby ialah pembantu peribadinya yang terakhir.
Pada masa yang sama, Abby berusaha mengambil hati Arrayyan. Arrayyan mula tertarik dengan kepetahan Abby ketika berinteraksi dengan klien. Kerjaya Abby yang baru bermula di syarikat Arrayyan terjejas dengan tuduhan bekas majikannya, kononnya dia dipecat kerana menggoda bos. Arrayyan marah dan mahu memecat Abby. Apakah jalan penyelesaian yang dilakukan oleh Arrayyan untuk mengetahui perkara sebenar tentang pembantu peribadinya itu? Adakah perbuatan Abby itu seburuk seperti diperkatakan?
Pelakon utama
- Shukri Yahaya sebagai Arrayyan Zainuddin
- Intan Najuwa sebagai Abby
Pelakon pembantu
- Aizat Hassan sebagai Hisyam
- Julia Farhana Marin sebagai Diela
- Afiera Riana sebagai Suzanna
- Fahmy Reza sebagai Azham
- Iszander Nor sebagai Wandi
- Syerinie Myra sebagai Amni
- Tengku Fiella sebagai Lisa
- Vicha Saywho sebagai Maira
- Serina Redzuawan sebagai Rozie
- Manan Sulaiman sebagai Dato' Zainuddin
- Airis Yasmin sebagai Datin Khadijah
- Ben Ryzlan sebagao Dato' Rahman
- Tash Yong sebagai Ain
- Yan Ibrahim sebagai Rosiah
- Farid Wari sebagai Norman
Pelakon kanak-kanak
- Nur Qistina Raisah sebagai Nuha
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.