From Wikipedia, the free encyclopedia
Hana Yori Dango 花より男子 (dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Boys Over Flowers) merupakan sebuah drama televisen Jepun yang ditayang di stesen televisyen TBS dari 21 Oktober 2005 hingga 16 Disember 2005.Drama ini diadaptasi dari sebuah drama dari Taiwan, Meteor Garden.
Drama ini pernah dijadikan sebagai manga yang ditulis oleh Yoko Kamio dan pernah ditayangkan di TV Asahi dari 8 September 1996 – 31 Ogos 1997 sebanyak 51 episod.
Templat:Spoiler
Drama romantik ini mengisahkan seorang budak perempuan bernama Makino Tsukushi yang memasuki Eitoku Gakuen (Sekolah Tinggi Eitoku) yang merupakan sekolah elit untuk golongan berada walaupun keluarganya merupakan orang miskin.
Di sekolah itu terdapat satu kumpulan yang amat ditakuti dan dihormati oleh semua pelajar yang dibri nama F4 atau Flower 4.Jika terdapat sesiapa yang tidak disukai oleh keempat-empat ahlinya maka F4 akan meletakkan kertas merah bertulis F4 ke dalam lokar pelajar tersebut sebagai tanda cabaran.
Pada suatu hari Makino Tsukushi telah mendapat kertas merah tersebut lalu setiap pelajar di sekolah tersebut telah membulinya.Maka sejak hari itu, pelbagai peristiwa telah berlaku di sekolah tersebut kerana Makino Tsukushi telah mencabar balik F4, terutamanya Domyoji Tsukasa, ketua F4.
Namun, akhirnya peristiwa-peristiwa yang berlaku telah menyebabkan mereka berdua telah dilamun cinta bersama.
Templat:Endspoiler
Drama Berkaitan: Hana Yori Dango 2
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.