Wilayah Hamgyong Selatan
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Wilayah Hamgyong Selatan (Hamgyŏngnamdo; sebutan bahasa Korea: [ham.ɡjʌŋ.nam.do]) adalah sebuah wilayah di Korea Utara. Wilayah ini dibentuk pada tahun 1896 dari separuh selatan bekas Wilayah Hamgyong, dan berterusan menjadi wilayah Korea hingga 1945, kemudian menjadi wilayah Korea Utara. Ibu kotanya ialah Hamhung.
Wilayah Hamgyong Selatan
함경남도 | |
---|---|
Wilayah | |
Transkripsi Korea | |
• Chosŏn'gŭl | 함경남도 |
• Hancha | 咸鏡南道 |
• McCune‑Reischauer | Hamgyŏngnam-do |
• Perumian Semakan | Hamgyeongnam-do |
Negara | Korea Utara |
Kawasan | Kwannam |
Ibu kota | Hamhung |
Subbahagian | 3 bandar; 15 kaunti |
Pentadbiran | |
• Pengerusi Jawatankuasa Rakyat | Kim Song-il[1] (WPK) |
• Pengerusi Jawatankuasa Rakyat | Kim Bong-yong[1] |
Keluasan | |
• Jumlah | 18,970 km2 (7,320 batu persegi) |
Penduduk (2008)[2] | |
• Jumlah | 3,066,013 |
• Kepadatan | 160/km2 (420/batu persegi) |
Dialek | Hamgyong |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Wilayah Hamgyong Selatan |
Wilayah ini bersempadan dengan Ryanggang di utara, Hamgyong Utara ke timur laut, Kangwon di selatan, dan Pyongan Selatan di barat. Di timur wilayah ini adalah Laut Jepun (Laut Korea Timur).
Hamgyong Selatan dibahagikan kepada 3 bandar raya ("si"), 2 daerah (1 "gu" dan 1 "chigu"), dan 15 kaunti ("gun").[3] Ini selanjutnya dibahagikan kepada kampung-kampung (ri dan dong, dengan dong juga merujuk kejiranan di bandar-bandar), dengan setiap kaunti juga memiliki satu bandar (up) yang bertindak sebagai pusat pentadbirannya. Sesetengah bandar juga dibahagikan kepada mukim yang dikenali sebagai "guyok", yang ditadbir di bawah peringkat bandar.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.