Gula-gula getah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Gula-gula getah
Remove ads

Masyarakat Maya di Selatan Mexico merupakan masyarakat pertama yang menjumpai gula-gula getah. Salah seorang pahlawan mereka iaitu Kukulkan yang dianggap sebagai utusan tuhan sangat suka mengunyah gula-gula getah ini. Masyarakat Maya memanggil gula-gula getah ini chicle.

Thumb
Gula-gula getah

Gula-gula getah diperolehi daripada pokok liar sapodilla. Mereka menoreh dahan pokok itu dan menadah cecair getah yang keluar dari pokok itu. Apabila getah pokok itu membeku, ia akan mula liat dan kenyal.

Hobi mengunyah gula-gula getah ini mula merebak ke semua pelosok Amerika. Apabila penjajah Sepanyol menawan kerajaan Aztex pada tahun 1518, mereka mendapati masyarakat di situ mengunyah getah.

Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan gula-gula getah di pasaran ialah dua warganegara Amerika iaitu Thomas Adams Jr. dan William Wrigley Jr.. Dua orang ini telah memproses gula-gula getah secara besar-besaran dan menjualkannya di pasaran pada tahun 1870. Jenama gula-gula getah keluaran mereka ialah Wrigley Chewing Gum.

Sejak itu, gula-gula getah mendapat perhatian seluruh dunia. Pelbagai perisa dan bentuk gula-gula getah terdapat di pasaran. Gula-gula getah juga bukan sahaja menjadi kegemaran kanak-kanak tetapi juga golongan dewasa iaitu golongan remaja.


Fakta Segera Gula-gula getah ݢولا٢ ݢته, Jenis ...
Remove ads
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads