Gloster Meteor

From Wikipedia, the free encyclopedia

Gloster Meteor

Gloster Meteor merupakan sebuah pesawat pejuang berkuasa jet dan operasi pertama Britain dan Bersekutu. Pesawat ini direka oleh George Carter, dan membuat penerbangan sulung pada tahun 1943 dan mula beroperasi pada 27 Julai 1944 bersama Skuadron 616 Tentera Udara Diraja. Meskipun Gloster Meteor bukan merupakan sebuah pesawat aerodinamik yang maju tetapi pasukan rekabentuk Gloster telah berjaya dalam mengeluarkan sebuah jet pejuang yang cekap dan memberi khidmat kepada Tentera Udara Diraja dan banyak lagi pasukan tentera udara yang lain selama berdekad-dekad. Meteors digunakan oleh Tentera Udara Diraja Australia di dalam Perang Korea dan kekal digunakan dalam beberapa tentera udara sehingga tahun 1970-an. Dua buah pesawat Meteor, WL419 dan WA638, masih lagi digunakan oleh syarikat Martin-Baker sebagai pelantar ujian kerusi lenting.

Fakta Segera Peranan, Pengeluar ...
Gloster Meteor
Thumb
Sebuah pesawat Gloster Meteor milik Tentera Udara Diraja Denmark
Peranan Pesawat pejuang
Pengeluar Gloster Aircraft Company
Armstrong-Whitworth
Direka oleh George Carter
Penerbangan sulung 5 Mac 1943
Diperkenalkan 27 Julai 1944
Dihentikan 1980-an (peranan penarik sasaran/tempur Tentera Udara Diraja/Ecuador)
Pengguna utama Tentera Udara Diraja British
Tentera Udara Diraja Australia
Tentera Udara Belgium
Tentera Udara Israel
Jumlah dibina ~3,900
Tutup

Lihat juga

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

  • Senarai pesawat jet Perang Dunia II

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.