Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ghazal Untuk Rabiah ialah sebuah filem drama romantik Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1997. Filem ini telah diarahkan oleh V. Nagaraj. Filem Ghazal Untuk Rabiah diterbitkan dalam bentuk filem warna. Dibintangi Jamal Abdillah, Wilma Muhammad, Ridzuan Hashim dan Raja Azura. Filem ini merupakan debut lakonan bagi Wilma Muhammad.
Ghazal Untuk Rabiah | |
---|---|
Pengarah | V. Nagaraj |
Penulis | Raw D'Noer (Cerita Asal) |
Lakon layar | V. Nagaraj |
Dibintangi | Jamal Abdillah Wilma Muhammad Ridzuan Hashim Raja Azura |
Diedarkan oleh | SV Production |
Tarikh tayangan | 1997 |
Masa tayangan | 108 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Rabiah (Wilma Muhammad) adalah seorang gadis kampung yang cantik dan jelita. Namun kehidupannya sentiasa dalam kesedihan dan perit lantaran bapanya cacat dan tidak berdaya untuk bergerak lagi, manakala ibu tirinya pula selalu sahaja mendera Rabiah dengan kerja-kerja berat. Apakan daya, Rabiah terpaksa akur dengan nasib dirinya.Bapanya tidak mampu untuk berbuat apa-apa, sehinggalah suatu hari datang seorang anak saudaranya (Usu) meminta kebenaran untuk membawa Rabiah mencuba nasib di kotaraya Kuala Lumpur. Menyedari itulah satu-satunya cara untuk membebaskan anaknya dari penderitaan, dia membenarkan Rabiah mengikut Pak Usunya tanpa memikirkan baik buruknya ekoran terlalu mempercayai anak saudaranya itu (Usu).Di kotaraya Kuala Lumpur, Rabiah sekali lagi ditimpa nasib malang apabila Pak Usunya hilang pertimbangan lalu cuba memperkosanya. Rabiah melarikan diri dan sewaktu melintas sebatang jalan, dia dilanggar kereta yang dipandu oleh Eddie (Ridzuan Hashim). Rabiah di bawa ke hospital. Setelah pulih dari kecederaan, Rabiah dijaga oleh Eddie. Dia diberikan segala macam kemewahan termasuklah sebuah butik dan sebuah apartmen mewah.Sungguhpun begitu, Rabiah menghadapi konflik apabila muncul Jamal (Jamal Abdillah) yang jatuh hati padanya bila kali pertama melihat Rabiah.Hatinya terdetik untuk mendekati Jamal, tapi Eddie menjadi penghalang, apatah lagi Eddie merupakan ketua samseng.Setelah memilih Jamal, timbul pula konflik darjat.Bapa Jamal tidak menyukai Rabiah dan menentang keras niat Jamal untuk memperisterikan Rabiah. Bagaimanakah nasib Rabiah? Antara Eddie dan Jamal,siapakah yang dipilihnya? Bagaimana dengan bapa Jamal, apakah dia sanggup menerima Rabiah sebagai menantu?
Dalam filem ini beberapa buah lagu telah digunakan antaranya:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.