syarikat penghasilan makanan Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Gardenia Foods (S) Pte Ltd. (juga dikenali sebagai Gardenia Bakeries atau Gardenia), ialah syarikat pembuat produk roti multinasional Singapura dengan kehadiran di pelbagai negara selain Singapura, termasuk Indonesia, Malaysia dan Filipina.
Nama dagang | Gardenia |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Bakeri |
Industri | Perusahaan Kecil dan Sederhana |
Ditubuhkan | 10 April 1978 di Singapura |
Pengasas | Horatio Sye Slocum |
Ibu pejabat | Singapura |
Kawasan perkhidmatan | Asia-Pasifik |
Keluaran | Roti, bakeri |
Pemilik | QAF Limited |
Anak syarikat | Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) PT Gardenia Makmur Selaras Vitabread Food Products Inc |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Syarikat dimiliki oleh QAF Limited, yang disenaraikan di Bursa Saham Singapura.
Pada tahun 1969, seorang rakyat Amerika bernama Horatio Sye Slocum telah dihantar oleh Koperasi Perkhidmatan Eksekutif Antarabangsa (International Executive Service Corporation) (IESC) ke Singapura bagi memulakan perniagaan bakeri. Slocumm yang sebelum ini tiba di Singapura, telah membawa 35 tahun pengalaman berniaga bakeri di beberapa rangkaian kedai roti bersamanya sewaktu menetap di Amerika Syarikat. Sejak dari itu tertubuhnya Gardenia.
Gardenia bermula sebagai kedai roti di Singapura, tetapi kerana permintaan membuka kedai roti komersial di Pandan Loop pada bulan Mac 1983. Ini diikuti oleh kedai roti kedua pada bulan Jun 1993.[1]
Pada 2019, Gardenia menyatakan bahawa produknya akan mematuhi larangan Pemerintah Singapura melalui Kementerian Kesihatan Singapura selaras dengan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) mengenai minyak terhidrogenasi (PHO), sumber utama lemak trans tiruan.[2] Ia juga menambah bahawa semua produk mereka pada masa itu sudah pun bebas PHO sejak awal 2000-an sebelum larangan itu, yang berkuat kuasa pada Jun 2021.[3]
Antara variasi produk Gardenia yang mendapat sambutan besar:
Roti Putih Gardenia
- Original Classic
- Original Classic Jumbo
- Classic (Rendah lemak)
-Bonanza (roti sandwich)
Roti Roti Lemak (FibreMeal)
- Bran & WheatGerm (light fibremeal)
- Honey Wholemeal (high fibremeal)
- 100 % WholeGrain (dengan bijirin bunga matahari)
- 100 % WholeGrain (dengan gandum ungu Kanada)
European Cottage Style Bread
- Pelbagai bijirin
- Bijirin campuran herba Mediterranean
- Le Classique Sesawhite
Squiggles
- Choco Malto (roti berinti krim coklat)
- Funky Strawberry (roti berintim krim perisa strawberi)
- Tangy Orange (roti krim berinti perisa oren)
Twiggies
- Cream Dream (Jejari krim berinti vanila)
- Choc-A-Lot (Jejari krim berinti coklat)
- Variasi snek waffle ''tea cake'' ( berperisa oren, buttermaple, coklat, banana)
Quick Bites
- 2 snek kek muffin dengan cip coklat
Fluffy Buns
- Roti empuk lembut (berinti kacang merah)
- Roti empuk lembut (berinti pandan kelapa)
Toastem
- Roti kismis dan oatmeal
-Roti kismis dengan mentega
Breakthru
- Roti bijirin oatmeal (dengan beta-glucan bagi merendahkan kolestrol)
Delicia
- Variasi snek waffle (fresh egg vanilla,cinnamon,blueberry)
- Variasi snek roti krim (vanila, coklat, butterscotch, strawberi, jagung, sambal billis).
-Variasi roti( coklat kismis,butterscotch, rasberi kranberi dengan cip susu)
-Variasi rol lembut ( Butter tofee, Strawberry yogurt)
-NuMee
Sejenis Mi Kuning Segar.
Produk Terbaru Gardenia Bermula 2019.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.