From Wikipedia, the free encyclopedia
Korvet kelas-Ada merupakan salah satu daripada tiga produk dari projek MILGEM atau nama penuhnya di dalam bahasa Turki Milli Gemi (Kapal Kebangsaan), adalah satu nama yang diberikan kepada satu program pembangunan dan pembinaan kapal perang kebangsaan Turki. Tujuannya adalah untuk membina kapal perang pesisir pantai moden dengan menggunakan keupayaan teknologi peperangan anti kapal selam dan rondaan di laut lepas tempatan. Rekabentuk kapal ini akan banyak menggunakan prinsip-prinsip teknologi halimunan.
TCG Burgazada semasa dalam satu latihan bersama di Mediterranean Timur, 26 Ogos 2020 | |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kelas-Ada |
Pembina: | Istanbul Naval Shipyard |
Pengguna: | |
Dibina: | 2005–kini |
Dalam perkhidmatan: | 2011–kini |
Dirancang: | 13 |
Disiapkan: | 5 |
Aktif: | 5 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Korvet peronda dan peperangan anti kapal selam |
Sesaran: | 2,400 tan |
Panjang: | 99.56 m (326 ka 8 in) |
Lunas: | 14.40 m (47 ka 3 in) |
Draft: | 3.90 m (12 ka 10 in) |
Installed power: |
|
Jana kuasa: | 1 turbin gas, 2 diesel, 2 aci |
Halaju: |
|
Jarak: | 3,500 nmi (6,500 km; 4,000 bt) pada 15 kn (28 km/j; 17 mph) |
Ketahanan: |
|
Bot & lancang yang dibawa: | 2 x RHIB |
Anak kapal: | 93 termasuk pegawai, boleh memuatkan sehingga 106 |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: |
|
Kemudahan penerbangan: | Boleh menyimpan persenjataan, 20 tan bahan api pesawat JP-5, sistem pengisian minyak di udara dan penyelenggaraan |
Sejumlah lapan buah korvet akan dibina untuk Tentera Laut Turki, dengan kemungkinan untuk dieksport ke negara-negara luar.[3]
"Ada" bermakna "pulau" dalam bahasa Turki. Setiap kapal dalam kelas ini akan dinamakan bersempena dengan nama pulau di Turki, terutamanya di Kepulauna Prince di Laut Marmara yang terletak di tenggara Istanbul. Kapal sulung dari kelasnya, TCG Heybeliada, telah dinamakan bersempena dengan pulau Heybeliada, di mana Sekolah Tinggi Tentera Laut Turki terletak.
Turki - Tentera Laut Turki
Nombor | Nama | Senama | Pembina | Dibaringkan | Dilancarkan | Ditauliahkan | Status |
---|---|---|---|---|---|---|---|
F-511 | Heybeliada | Heybeliada | Istanbul Naval Shipyard Command | 26 Julai 2005 | 27 September 2008 | 27 September 2011 | Aktif |
F-512 | Büyükada | Büyükada | Istanbul Naval Shipyard Command | 27 September 2008 | 27 September 2011 | 27 September 2013 | Aktif |
F-513 | Burgazada | Burgazada | Istanbul Naval Shipyard Command | 17 Disember 2014 | 21 Jun 2016 | 4 November 2018 | Aktif |
F-514 | Kınalıada | Kinaliada | Istanbul Naval Shipyard Command | 8 October 2015[4] | 3 Julai 2017 | 29 September 2019 | Aktif |
Pakistan - Tentera Laut Pakistan
Nombor | Nama | Dibaringkan | Dilancarkan | Ditauliahkan | Status |
---|---|---|---|---|---|
Istanbul Naval Shipyard (INSY) | |||||
F280 | Babur | 4 Jun 2020[5] | 15 Ogos 2021[6] | 23 September 2023[7] | Aktif |
F282 | Khyber | 1 Mei 2021[8] | 25 November 2022[9] | Dilancarkan | |
Karachi Shipyard & Engineering Works (KSEW) | |||||
F281 | Badr | 25 Oktober 2020[10] | 20 Mei 2022[11] | Dilancarkan | |
F283 | Tariq | 5 November 2021[12] | 2 Ogos 2023[13] | Dilancarkan |
Ukraine - Tentera Laut Ukraine
Pada tahun 2018, Pakistan telah memesan empat korvet kelas Ada untuk kegunaan Tentera Laut Pakistan.[17]
Kementerian Pertahanan Ukraine telah menempah dua buah korvet yang mana pembinaan akan dilakukan oleh STM di Turki dan limbungan kapal di Ukraine.[18][19] Mengikut perjanjian, kapal pertama akan diserahkan kepada Ukraine menjelang hujung tahun 2023 dalam keadaan tidak disiapkan sepenuhnya, di mana kerja-kerja selanjutnya akan dilakukan di Ukraine.[20] Perjanjian ini telah ditandatangani pada bulan Disember 2020 bernilai AS$256 juta.[21][22]
Pada tahun 2024, bersempena dengan lawatan menteri pertahanan Malaysia ke Turkey, Malaysia telah memesan tiga korvet kelas Ada untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia.[23]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.