From Wikipedia, the free encyclopedia
Aku Mahu Hidup merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1970. Filem Aku Mahu Hidup diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Aku Mahu Hidup | |
---|---|
Pengarah | M. Amin |
Penulis | Rajendra Gour |
Lakon layar | Hashim Hussein |
Dihasilkan oleh | Ho Ah Loke Loke Wan Tho |
Dibintangi | Kuswadinata Ani Jaafar Salleh Melan Malek Selamat |
Sinematografi | Hitam Putih |
Muzik oleh | Salamah Basiron |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 1970 |
Masa tayangan | 98 Minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Aku Mahu Hidup diarah oleh pengarah M. Amin pada 1970.
Dol merupakan ayah tiri kepada Rahimah seorang yang kaki judi dan kaki botol. Dia sanggup menjual kehormatan anaknya untuk wang bagi bermain judi dan membeli arak. Rahimah tekad untuk melarikan diri daripada ayahnya kerana sudah tidak tahan lagi dan ingin memulakan penghidupan yang baru.
Sewaktu melarikan diri, Rahimah telah diselamatkan oleh Nor seorang anggota polis dan membawanya tinggal di sebuah hotel. Pada suatu hari, Nor telah memperkenalkan Rahimah kepada ibunya. Ibu Nor merestui perhubungan mereka dan merancang untuk mengahwinkan mereka berdua.
Dol masih lagi mencari Rahimah kerana dia telah hilang sumber pendapatan. Dia telah bertembung dengan Rahimah dan terus mengejarnya. Rahimah telah melarikan diri dan diselamatkan oleh dua orang perempuan yang memaksa Rahimah untuk menjadi pelacur.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.