From Wikipedia, the free encyclopedia
Empayar Carolus atau Empayar Caroling[ian] (Carolingian Empire) adalah sebuah empayar besar yang wujud merangkumi kawasan barat dan tengah benua Eropah pada awal Abad Pertengahan dari 800 hingga 888 tahun Masihi. Ia diperintah oleh dinasti Carolus yang memerintah sebagai raja orang Frank sejak 751 dan sebagai raja Langobard dari Itali dari 774. Pada tahun 800, Charlemagne ditabalkan sebagai maharaja di Rom oleh Paus Leo III dalam usaha memulihkan Empayar Rom Barat saat ketiadaan waris yang menduduki takhta Empayar Rom Timur. Setelah berlangsung perang saudara (840-43) berikutan kemangkatan Maharaja Ludwig I, kerajaan ini dibahagikan kepada kerajaan-kerajaan kecil yang memerintah sendiri dengan satu sahaja raja yang masih diiktiraf sebagai penghulu namun dikurangkan kuasanya kepada negerinya sendiri.
Empayar ini terbentuk dengan keluasan sebanyak 1,112,000 kilometer persegi (429,000 bt2) dengan populasi sebanyak antara 10 hingga 29 juta orang.[1] Ia bersempadan dengan Amiriah Cordoba dan Kerajaan Pamplona (sejak 824) di bahagian selatan, kerajaan orang Dane di bahagian utara, Kerajaan Bretagne di sebelah barat, dan kawasan-kawasan dihuni bangsa-bangsa Slav dan Avar di sebelah timur.
Empayar ini tidak mempunyai suatu nama seragam sehinggalah ia dikaji berabad-abad kemudian setelah kerajaan besar ini dihapuskan. Catatan semasa mengenai ehwal dalam kerajaan ini sering dirujuk dengan pelbagai ungkapan - dalam bahasa Latin - iaitu
Kenaikan takhta Charlemagne sebagai maharaja memulakan suatu zaman yang meluaskan kuasanya sebesar rantau Eropah Barat sendiri dengan banyak peperangan yang dipimpin beliau menewaskan banyak orang-orang Jermanik sejauh sungai Elbe.[3][4] Baginda menakluk kerajaan Langobard pada tahun 774 dan menakluki Bavaria pada tahun 788 serta kawasan milik orang-orang Sachsen dari tahun 772 sehingga 804. Baginda putera sulungnya Pippin der Buckelige diaran memerangi orang Avar pada tahun 795.
Suatu persetiaan dibuat di Strasbourg pada tahun 842 antara Ludwig II dan Karl II sebagai menidakkan taraf kakanda mereka Lothair I. Ia memulakan pembahagian antara kawasan Barat dan Timur dalam empayar ini, ia sendirinya dilihat sebagai titik mulanya kewujudan negara-negara Perancis dan Jerman.[5] Suatu perjanjian dimeterai di Verdun pada 843 di mana tiga putera Ludwig II - Ludwig III, Karlmann dari Bavaria and Karl III - diagihkan tanggungjawab memerintah kedua-dua kawasan ini sebagai meleraikan perbalahan tersebut.[6]
Karl III dinobatkan sebagai maharaja terakhir empayar ini pada tahun 881. Baginda mempunyai kelemahan yang sangat ketara di mana keadaan jasmani baginda tidak sahaja sering dalam keadaan keletihan dan gemuk (maka baginda turut mendapat jolokan "Karl/Charles yang Gemuk"), tetapi baginda juga disyaki gering mengalami epilepsi; kedua-dua keadaan ini menjadikan baginda suatu tokoh yang tidak begitu mampu melawan dengan cekap terutamanya melawan kaum Viking yang menjarah kawasan taklukannya. Arnolf von Kärnten, anak kepada Karlmann iaitu mamanda Karl, mengisytiharkan suatu pemberontakan ke atas angkatan baginda - Karl III segera mengalah dan melarikan diri ke sebuah kampung bernama Neidingen (kini di Baden-Württemberg, Jerman), di sanalah baginda mangkat pada tahun 888 Masihi.
Empayar yang ditinggalkan Karl ini tiada pewaris menerus yang sah, maka kerajaan ini dipecahkan kepada beberapa orang besar:[7]
Daftar yang ada di sini ialah raja-raja yang dinobatkan oleh Paus (sebagai Ketua Gereja Katolik) di Roma.
Gambaran | Nama | Tarikh pertabalan | Tarikh kemangkatan | Duit yang dimeterai |
---|---|---|---|---|
Karl I
(Charlemagne) |
25 Disember 800 | 28 Januari 814 | ||
Ludwig I
(Louis the Pious) |
Pertabalan pertama: 11 September 813[8] Pertabalan kedua: 5 Oktober 816 |
20 Jun 840 | ||
Lothair I | 5 April 823 | 29 September 855 | ||
Ludwig II | 1st: Easter 850
2nd: 18 May 872 |
12 August 875 | ||
Karl II
(Karl yang Botak) |
29 Disember 875 | 6 Oktober 877 | ||
Karl III
(Karl yang Gemuk) |
12 Februari 881 | 13 Januari 888 | ||
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.