Euskadi Ta Askatasuna (disingkatkan kepada ETA - "Kebebasan dan Tanah Air Basque") adalah sebuah organisasi puak pemisah bersenjata dari Negara Basque yang bertujuan memperoleh kemerdekaan daerah Basque dari kerajaan Sepanyol secara paksa.[1][2] Ia datang daripada sebuah pergerakan pelajar Ekin pada 31 Julai 1959, di mana ahli-ahlinya tidak berpuas hati dengan pendirian Parti Nasionalis Basque yang berfahaman sederhana.[3]
Sejak 1968, ETA telah membunuh lebih dari 800 orang, melukai ribuan orang dan telah menculik puluhan orang.[4][5][6] Kelompok ini telah dinyatakan sebagai organisasi pengganas oleh kerajaan Sepanyol, pemerintah Perancis,[7] Kesatuan Eropah,[8] dan pemerintah Amerika Syarikat.[9] Sebanyak lebih 300 anggota kumpulan ini berada dalam kurungan penjara di Sepanyol, Perancis and beberapa negara yang lain.[10]
Pada 5 September 2010, kelompok ini kembali menyatakan sebuah gencatan senjata.[11][12][13][14][15][16] Pada 7 April 2017, ETA mengeluarkan suatu kenyataan bahawa mereka bersedia melucutkan senjata mereka dan membubarkan diri.[17]
Modus operandi
Pertubuhan ini banyak menyasarkan kelompok tertentu seperti golongan tentera dan polis (baik yang aktif mahupun bersara),[18] orang bisnes.[19] ahli-ahli majlis dan parlimen tempatan, hakim dan pendakwa raya,[20] serta profesor-profesor universiti yang menyuarakan idea menentang separatisme bersenjata Basque secara terbuka.
Taktik-taktik yang dibuat terhadap mangsa oleh militan termasuklah:
- Penembakan tepat[21][22]
- Pengeboman (menggunakan bom kereta)
- Penculikan
- Perompakan (barang-barang seperti senjata, bahan letupan, kenderaan, mesin pembentuk plat lesen)
- Peras ugut (sebagai "cukai revolusioner") dari individu terpilih baik dari Negara Basque atau mana-mana lokas lain di Sepanyol, orang Basque kadangkala juga disasarkan
- Membuat ugutan melalui surat layang atau grafiti
Rujukan
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.