Etnik di Sabah From Wikipedia, the free encyclopedia
Dumpas adalah kumpulan etnik asli minoriti yang terdapat di Pantai Timur Sabah, Malaysia Timur di pulau Borneo. Etnik Dumpas mendiami kawasan sekitar Daerah Telupid, Beluran dan Sandakan.
Jumlah penduduk | |
---|---|
5,000 | |
Kawasan ramai penduduk | |
Malaysia (Daerah Telupid, Sabah) | |
Bahasa | |
Bahasa Dumpas, Bahasa Melayu | |
Agama | |
Islam (100%) | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Sukang, Orang Sungai, Dusun, Suluk |
Bahasa Dumpas dikatakan mempunyai persamaan leksikal dengan bahasa beberapa suku Dusunic dan Paitanic lainnya, dikatakan dialek bahasa Dumpas secara leksikostatistikal (perbandingan leksikal-kognat) dengan bahasa rumpun Dusunic adalah antara 55-75% dan dengan bahasa rumpun Paitanic antara 61-79%. Akan tetapi, penelitian leksikal-kognat ini masih belum dapat dijadikan bahan kesimpulan apakah bahasa Dumpas ini lebih mirip dengan Dusunic atau Paitanic.
Dumpas adalah salah satu etnik yang beragama Islam di Sabah.
Etnik Dumpas merupakan salah satu daripada etnik-etnik minoriti di Negeri Sabah. Etnik Dumpas kebanyakannya bermukim di Mukim Sapi Nangoh, Daerah Telupid. Antara perkampungan Orang Dumpas adalah seperti berikut ;
Selain itu Kaum Dumpas juga dapat ditemui di kawasan Daerah Beluran dan Sandakan serta Tawau.
Etnik Dumpas telah di claim (tuntut) sebagai sebahagian daripada kumpulan Sub-Etnik Kadazandusun, di sebabkan oleh Sejarah dan Bahasanya yang mirip dengan kebanyakan Sub-etnik Dusun yang lain. Namun begitu, secara umumnya etnik Dumpas lebih dikenali sebagai Orang Sungai, ini kerana Bahasa dan Budaya Masyarakat Dumpas lebih banyak persamaan dengan Orang Sungai berbanding dengan Kadazandusun.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.