genus tumbuhan From Wikipedia, the free encyclopedia
Drosera ialah genus tumbuhan karnivor menganggotai keluarga Droseraceae.[1] Spesies-spesies tumbuhan dalam genus ini mendapatkan sumber mineral dengan menangkap serangga yang mengerumuninya menggunakan kelenjar musilaj yang memenuhi permukaan daun-daunnya. Ia antara genus yang terbesar dengan sekurang-kurangnya 194 spesies.[2] Spesies-spesies ini datang dalam pelbagai rupa dan besar yang ditemukan di setiap benua kecuali Antartika.[3]
Drosera | |
---|---|
Drosera tokaiensis | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Drosera |
Subgenus | |
| |
Sinonim[1] | |
|
Nama genus tumbuhan ini dijejak daripada kata bahasa Yunani Purba δρόσος drosos "embun"[4] kerana titisan-titisan musilaj di hujung dedaunnya yang berkilau seperti embun pagi.[5]
Sistem-sistem akar banyak spesies genus ini kurang membangun atau hilang fungsi pusaka. Akar-akarnya nipis dengan rerambut yang panjang.[6]:129-130
Daun-daun setiap spesies dalam genus ini mempunyai kelenjar yang merembeskan bahan musilaj yang melekit dan manis lalu menarik perhatian serangga. Sebaik serangga ini tersentuh daun ini, kaki-kaki ia akan melekat pada musilaj ini sehingga ia terperangkap. Serangga ini kesudahannya mati kepenatan cuba membebaskan diri atau lemas kerana spirakel pernafasannya disumbat dalam masa 15 minit.[7] Semua spesies genus ini boleh bertindak balas selepas disentuh mangsa yang sekecil seekor agas.[7]
Sementara itu, tumbuhan yang telah memerangkap serangga ini merembeskan enzim-enzim esterase, peroksidase, fosfatase dan protease.[8]:41 Enzim-enzim ini melarutkan bangkai serangga mengeluarkan nutrien yang terkandung dalamnya, nutrien ini diserap melalui permukaan daun-daun tumbuhan dan disalurkan ke seluruh bahagian tumbuhan tersebut.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.