Dia Jantung Hatiku

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Dia Jantung Hatiku yang dicipta oleh Sinemart Productions (Sinemart) pada tahun 2010 mulai Isnin, 15 November 2010 pada jam 6.00 petang. Kini, sedang ditayangkan di Malaysia mulai 30 Julai 2012 melalui saluran TV3, tayang setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 2 petang.

Fakta Segera Format, Pencipta ...
Remove ads
Remove ads

Pelakon

Sinopsis

Aida (Naysila Mirdad) adalah seorang gadis yang cantik, ceria dan agak kekampungan. Namun sayangnya sejak kecil Aida menderita sakit jantung, tetapi Aida boleh menerimanya dengan tabah. Aida tinggal bersama ibunya, Milla (Desy Ratnasari), dan ayahnya, Firman (Mathias Muchus) di kampung.

Suatu hari, Firman mendapat khabar bahawa ayahnya, Arif (Drg. Fadly) sakit keras di Jakarta. Firman, Aida, dan Milla pun pergi ke Jakarta. Sesampainya disana, Arif langsung menyampaikan bahawa sudah sampai masanya pertunangan Aida dan Riza (Christian Sugiono), cucu dari kenalan Arif, Laras (Nani Widjaja), dirasmikan, kerana Arif merasakan umurnya sudah tidak lama lagi. Aida sempat menolak kerana dia tidak mengenali Riza. Penolakan Aida membuat Arif kecewa, dan tidak lama kemudian dia meninggal dunia.

Apabila datuknya sudah meninggal,ia membuat Aida berasa bersalah dan bersedih. Ia pun akhirnya mahu menuruti pesan mendiang datuknya, dan mereka pun bertemu nenek Laras untuk meneruskan majlis pertunangan.

Betapa terkejutnya Aida ketika melihat bahawa Riza sudah memiliki kekasih, yang tidak lain adalah sahabat penanya yang sudah ia kenal dekat sekali, Indira (Kimberly Ryder). Indira pun terkejut dan tidak menyangka bahawa Aida lah yang akan merebut Riza, kekasih yang sangat ia cintai. Aida pun menjelaskan pada Indira bahawa ia tidak tahu sama sekali tentang Riza. Aida pun dilanda kebingungan.

Tambahan pula, Aida mulai mengenali lebih dekat dengan jirannya, Aksan (Rionaldo Stockhorst) yang sangat baik dan selalu menolong Aida apabila dia menghadapi masalah.

Bagaimanakah kisah selanjutnya?

Remove ads

Pautan Luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads