From Wikipedia, the free encyclopedia
Tak Bai (Bahasa Thai: ตากใบ, atau Tabal dalam bahasa Melayu) ialah sebuah pekan yang terletak berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand dan merupakan pekan utama dalam Daerah Tak Bai, provinsi Narathiwat. Para pelancong boleh melawat Malaysia melalui laluan Pengkalan Kubur, negeri Kelantan.
Pada tahun 2005 pekan ini mempunyai jumlah penduduk seramai 16,932 orang dan telah meningkat kepada 17,434 pada tahun 2023 yang terdiri daripada 8465 lelaki dan 8968 wanita.
Daerah Tak Bai menaungi 8 buah mukim dan 49 buah kampung yang didiami oleh majoriti etnik Melayu Thesaban Takbai, Selatan Thailand. Masyarakat di Takbai masih mengekalkan budaya Melayu Patani dalam aspek berpakaian dan penggunaan nama.
Ia juga adalah lokasi Peristiwa berdarah Tak Bai, yang mana 85 orang penunjuk perasaan terkorban.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.