Barat Daya, Pulau Pinang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Daerah Barat Daya ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di Pulau Pinang, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Balik Pulau.
Remove ads

Remove ads
Sejarah
Sejarah Pejabat Daerah dan Tanah bagi daerah Barat Daya bermula dengan pembinaan pejabatnya oleh seorang Penghulu dari pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris, Datuk Bahauddin pada tahun 1880. Pembentukan Pejabat Daerah ini adalah sejajar dengan pembangunan Pejabat Kerajaan yang lain dalam tempoh tersebut. Di antara Pejabat Kerajaan yang kini menjadi bahan sejarah penting ialah Masjid Kongsi dan Hospital Daerah Balik Pulau.
Remove ads
Pembahagian pentadbiran
Daerah ini dibahagikan kepada beberapa mukim yang diketuai oleh penghulu. 22 Mukim-mukim tersebut adalah:[2]

Mukim
Bandar
Demografi
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Barat Daya ialah seramai 237,738 orang dengan kepadatan penduduk 1,360 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Barat Daya merupakan Bumiputera, dengan peratusan 56.9 peratus daripada jumlah penduduk.[3]
Agama
Di daerah Barat Daya, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 58 peratus diikuti agama Buddha sebanyak 28.3 peratus, agama Kristian sebanyak 5.8 peratus, agama Hindu sebanyak 5.1 peratus dan lain-lain agama sebanyak 2.2 peratus. Penduduk tidak beragama pula sebanyak 0.6 peratus dari keseluruhan penduduk.[3]
Kemudahan
Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Barat Daya. Terdapat sebanyak 52 buah sekolah di daerah ini;[4]
Daerah Timur Laut juga mempunyai 17 buah balai polis, tiga balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads