From Wikipedia, the free encyclopedia
Cecadu Bukit merupakan salah satu haiwan mamalia dalam keluarga haiwan kelawar yang boleh di dapati di Malaysia. Nama sainsnya Aethalops alecto. Ia merupakan spesies tunggal genus monotypik, Aethalops. Spesies ini berhadapan dengan ancaman kepupusan.
Cecadu Bukit | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Genus: | Aethalops alecto |
Spesies: | Aethalops alecto |
Nama binomial | |
Aethalops alecto (Thomas, 1923) | |
Cecadu Bukit ialah haiwan berdarah panas, dalam kumpulan kelas mamalia.
Tiga contoh ditangkap pada April 1995 dari tanah tinggi Bario di Sarawak. A. alecto terhad di hutan montane melebihi 1000 [meter|m] di Semenanjung Malaysia, Sumatra dan Jawa. Di Borneo ia telah direkodkan di Gunung Kinabalu dan Banjaran Crocker di Sabah; Gunung Mulu dan Bareo di Sarawak (Payne et al. 1985 ).
Dua betina dewasa dan satu jantan dewasa ditangkap di Bario dalam keadaan tidak membiak. Kitchener et al. (1990) melaporkan betina bunting ditangkap di Pulau Lombok pada bulan Oktober. Hill (1961) memerhati kebuntingan pada bulan Februari dan May di Semenanjung Malaysia. Medway (1978) merekodkan bahawa antara bulan Februari hingga Jun adalah tempoh membiak bagi spesies ini. Spesies ini kelihatannya terhad di hutan montane melebihi 1,000 m (Payne et al. 1985).
Sebagaimana haiwan mamalia lain, Cecadu Bukit membiak dengan beranak, sekitar bulan Februari hingga Jun.
Issue No. 6. 80: 221—234.
Abundance and Conservation of Chiropterans in Kayan Mentarang National Park, East Kalimantan, Indonesia. Sarawak Museum Journal 79: 251-265.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.