From Wikipedia, the free encyclopedia
Cute (/kjuːto/, digayakan sebagai °C-ute(キュート)) ialah kumpulan di bawah Hello! Project yang kini dianggotai oleh seramai lima orang. C-ute secara rasmi membentuk sebuah kumpulan pada tahun 2007 dan kemudiannya telah memenangi Japan Record Award untuk artis baru terbaik pada tahun tersebut.
℃-ute | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Jepun |
Genre | Japanese pop |
Tahun aktif | 2005–Sekarang |
Syarikat rakaman | zetima |
Pengkarya berkait | Hello! Project Kids, Aa!, ZYX, Berryz Koubou, 4KIDS, Buono! |
Laman sesawang | Hello! Project.com |
Ahli | Yajima Maimi Nakajima Saki Suzuki Airi Okai Chisato Hagiwara Mai |
Bekas ahli | Murakami Megumi Arihara Kanna Umeda Erika |
℃-ute telah ditubuhkan bermula tahun 2005, dianggotai oleh tujuh orang dari Hello! Project Kids yang tidak terpilih untuk menjadi anggota kumpulan Berryz Kobo. Kumpulan ini secara rasminya diumumkan pada 11 Jun 2005. Pada Januari 2006, Kanna Arihara, ahli Hello! Pro Egg, telah dimasukkan apabila bermulanya konsert penjelajahan Hello! Project Winter 2006, sebagai sebhagian dari Wonderful Hearts.
Mereka telah memasarkan empat single indie iaitu Massara Blue Jeans, Soku Dakishimete, Ooki na Ai de Motenashite dan Wakkyanai (Z) sebagai pemulaan untuk mereka dalam bidang nyanyian.
Pada 31 Oktober 2006, Murakami Megumi meninggalkan kumpulan tanpa konsert graduasi.
Pada 21 Januari 2007, single pertama rasmi "Sakura Chirari" telah dipasarkan. Pada hari pertama jualan, single ini telah menduduki ditangga yang ketiga dalam carta Oricon. Dengan single pertama mereka, ia menjadikan C-ute sebagai kumpulan yang paling muda yang berada dalam single 10 teratas.
Pada 30 Disember, ℃-ute telah menerima anugerah Best New Artist Award di Japan Record Award.
Pada 26 Februari 2009, Hello! Project mengumumkan bahawa Arihara mengalami masalah untuk membuat persembahan kerana menghadapi penyakit hallux valgus, atau bunion deformity, dan tidak menghadiri majlis kelab peminat HaroTen pada minggu itu. Beliau juga tidak akan mengikuti aktiviti Hello! Project, termasuk aktiviti bersama °C-ute, sementara diberi rawatan. [1] Arihara telah keluar dari °C-ute juga Hello! Project pada 9 Julai 2009.
Setelah sebulan Arihara meninggalkan kumpulan ini, Umeda Erika pula membuat pengumuman untuk meninggalkan kumpulan ini kerana ingin menjadi seorang model. Ini merupakan ahli ketiga yang keluar dari C-ute tetapi ini merupakan kali pertama C-ute akan membuat konsert graduasi.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.