From Wikipedia, the free encyclopedia
Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa (Perancis: Bureau international des poids et mesures , dirujuk dengan parapismnya BIPM) merupakan antara tiga badan yang bertanggunjawab menyeragamkan Sistem Unit Antarabangsa selain daripada Persidangan Am Timbang dan Ukur (Perancis: Conférence générale des poids et mesures , CGPM) dan Jawatankuasa Timbangan dan Ukuran Antarabangsa (Perancis: Comité international des poids et mesures , CIPM).
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | BIPM |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan antarabangsa, pertubuhan antara kerajaan |
Industri | Sistem Unit Antarabangsa, metrologi, pengukuran, timbang dan ukur |
Anggota bagi | Jawatankuasa Bersama untuk Panduan dalam Metrologi, Jawatankuasa Bersama untuk Kebolehkesanan dalam Perubatan Makmal |
Bahasa rasmi | Bahasa Perancis |
Tapak web | www |
Sejarah | |
Pendahulu | Biro Waktu Antarabangsa |
Ditubuhkan | 20 Mei 1875 |
Pengurusan | |
Pengarah/pengurus | Andrew John Wallard, Terry Quinn, Charles Édouard Guillaume, René Benoît, Ole Jacob Broch, Michael Kühne, Martin J T Milton |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Sèvres |
Lokasi | |
Koordinat | 48°49′44.4″N 2°13′10.4″E |
sunting · sunting di Wikidata |
Biro ini telah ditubuhkan pada 20 Mei 1875, berikutan penandatanganan Persidangan Meter, sebuah perjanjian antara 51 negara (setakat Ogos 2008[kemas kini]).[1] Ia beribupejabat di Pavillon de Breteuil di Sèvres, Perancis, sebuah tapak berkeluasan 4.35 hektar (asalnya 2.52ha)[2] yang diberikan kepada Biro oleh Pemerintah Perancis pada tahun 1876, di mana ia menikmati status luar wilayah[3] yang dijelaskan dalam suatu dekri pemerintah Perancis No 70-820 bertarikh 9 September 1970.[2]
Di bawah pihak berkuasa Persidangan Metrik, BIPM membantu untuk memastikan keseragaman berat dan ukuran SI di serata dunia. Ia berbuat demikian melalui satu siri jawatankuasa perundingan, yang ahlinya merupakan makmal metrologi negara persidangan ahli negara dan melalui kerja makmal sendiri.
Biro ini menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan pengukuran. Ia mengambil bahagian dan menganjurkan perbandingan antarabangsa piawaian pengukuran kebangsaan dan menjalankan penentukuran untuk negara anggota.
Biro ini turut mempunyai peranan yang penting dalam mengekalkan masa yang tepat di seluruh dunia. Ia menggabungkan, menganalisis, dan mepmuratakan piawaian masa atom rasmi negara-negara anggota di seluruh dunia untuk mencipta satu Waktu Universal Selaras (UTC) yang seragam dan rasmi.[4]
BIPM juga penjaga prototaip antarabangsa kilogram.[5]
Sejak penubuhannya, pengarah-pengarah yang mengetuai BIPM adalah seperti berikut:[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.