From Wikipedia, the free encyclopedia
Berserker merupakan watak batak daripada sebuah novel visual dan siri anime Jepun Fate/stay night oleh TYPE-MOON.
Servant kepada Ilya, Berserker bertubuh tegap, berbadan gergasi dan berkulit sekebal besi. Senjatanya ialah sebilah kapak batu, mampu melakukan kemusnahan yang besar dengan satu hayunannya sahaja. Sebagai Servant kelas "Berserker", dia kehilangan kewarasan akal dan fikirannya, berkelakuan kebinatangan dan melulu dalam pertarungan. Mereka yang diseru dalam kelas Berserker ini dianggap yang paling "Kuat", lantas mereka sering digeruni pihak lawan. Namun begitu, mereka sukar dikawal, meskipun Illya, Master kepada Berserker, tidak mempunyai masalah dengan ini.
Seiyu untuk watak Berserker ialah Tadahisa Saizen dan alihan suara bahasa Inggeris dilakukan oleh Michael McConnohie.[1]
Master: | Illyasviel von Einzbern | Jantina: | Lelaki | Warna: | Plumbum |
---|---|---|---|---|---|
Penjajaran: | Kegilaan Melulu | Ketinggian: | 253 cm | Kebolehan: | Tiada; Kegilaan Ditingkatkan |
Noble Phantasm: | B | Berat: | 311 kg | Kegemaran: | Tiada; Kegilaan Ditingkatkan |
Kekuatan: | A+ | Peningkatan Kegilaan: | B | Tidak suka: | Tiada; Kegilaan Ditingkatkan |
Ketahanan: | A | Penerusan Pertempuran: | A | Musuh: | Gilgamesh |
Ketangkasan: | A | Keberanian: | B | ||
Mana: | A | Ketuhanan: | A | ||
Tuah: | B | Mata Penglihatan Minda (Palsu): | B | ||
Ilya memperkenalkan Berserker sebagai Heracles, seorang dewa daripada mitologi Greek yang juga dikenali dengan nama Hercules pada penduduk Rom. Dia berbapakan seorang Tuhan, Zeus dan beribukan seorang wanita manusia, Alcmene. Walaupun dinamakan sempena Hera, dewi tersebut berasa cemburu oleh hubungan sulit suaminya dan marah terhadap kelahiran Heracles. Sebagai seorang budak kecil, Heracles bersifat panas baran, tetapi dia menenangkan kemarahannya dengan menjalani kehidupannya sebagai seorang pengembala. Dalam kehidupan dewasanya, dalam sebuah perlawanan tinju oleh Hera, Heracles membunuh isterinya, Megara, dan anak-anaknya. Untuk menebus dosa-dosa yang dilakukannya, Heracles telah melakukan Dua Belas Kerja-Kerja Raja Eurystheus, yang telah menganugerahnya Noble Phantasmnya dan memperkuat status lagendanya. Heracles terkenal dengan kemahirannya yang luar, kelicikannya, dan kekuatan fizikalnya yang luar biasa.
Berserker diseru oleh keluarga Einzbern di Jerman beberapa bulan sebelum bermulanya perang Holy Grail kelima, menggunakan sebuah kepingan batu daripada kuil Heracles sebagai pemangkin. Dalam sejarahnya, keluarga Einzbern telah dikalahkan dalam setiap perang Holy Grail, dan bertanggungjawab mencemarkan isi kandungannya semasa perang yang ketiga berlangsung. Bersama-sama perwira terhandal dalam sejarah Greek, keluarga Einzbern berharap Illya mampu memenangi perang kali ini dan mengembalikan keajaiban mereka yang telah lama hilang.
Meskipun Illya mempunyai bekalan tenaga magik yang banyak, dia menderit akibat menahan semangat Berserker yang berkuasa. Sebagai balasan, Illya telah menyimpannya dalam kegilaan, mematikan akal fikirannya daripada berfungsi pada setiap masa. Walau bagaimanapun, Berserker telah menunjukkan kesetiaan terhadap Illya, bertekad untuk melindunginya bila-bila masa.
Walaupun mempunyai kelebihan, Berserker dibunuh dalam ketiga-tiga senario Fate/stay night. Dalam senario Fate, dia dibunuh enam kali oleh Archer sebelum dihancurkan oleh bilah Excalibur oleh Saber and Shirō Emiya. Pada permulaan senario Unlimited Blade Works, Berserker dijerut oleh rantai-rantai Gilgamesh, Enkidu, dan disula hingga mati apabila cuba untuk melindungi Illya daripada serangan pedang-pedang yang menghujaninya. Dalam senario Heaven's Feel pula, selepas Berserker ditenggelami kegelapan bayang-bayang Zōken, Berserker dilahirkan sebagai Black Berserker, sebuah versi Berserker yang buta dan uzur berbanding dirinya yang asal. Black Berserker, yang dialihkan pandangannya oleh illya, dikalahkan oleh Shirō.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.