From Wikipedia, the free encyclopedia
BeOS adalah sebuah sistem pengoperasian yang dibangunkan oleh Be Incorporated antara tahun 1990 sehingga 2001 sebagai sebuah sistem pengoperasian dengan penekanan kepada kemampuan multimedia.
Sistem ini adalah sebuah sistem pengoperasian yang amat modular, berasaskan kod baru sepenuhnya (walaupun sistem direktori failnya mirip dengan sistem yang berasaskan UNIX dan Bash disertakan bersama sistem ini, sistem ini bukan berasaskan UNIX, bahkan ia tidak memenuhi piawaian POSIX sepenuhnya), dikhususkan untuk kerja media digital - audio digital, video digital, dan grafik 3D dan animasi. Tidak seperti UNIX, sistem ini direka untuk pengguna tunggal. Ciri-ciri utama adalah sokongan untuk multiprosessor dan penekanan pada kecekapan tinggi, lebar jalur input/output modular dan multibebenang yang meluas untuk pelaksanaan awal multitugas, fleksibiliti grafik, dan tindakbalas masa sebenar. Ia memiliki sistem fail jurnal 64-bit beserta indeks yang dipanggil Be File System atau BFS, tetapi ia tidak menggunakan model pangkalan data (database), sebaliknya ia bergantung kepada tindakbalas sistemnya yang pantas untuk membina jurnal dan membuat kueri pada masa pelaksanaan. Pengantaramuka pengguna grafikal (GUI) baru yang multibebenang dibangunkan diatas dasar terang dan bersih serta senireka tidak berserabut. Pengantaramuka aturcara applikasi (API) sistem pengoperasi ini ditulis dalam C++ untuk memudahkan pengaturcaraan applikasi. Ia memenuhi sebahagian daripada piawaian POSIX dan pengantaramuka baris perintah (CLI) Bash.
Pada awalnya sistem pengoperasi ini digunakan pada perkakasannya yang tersendiri, BeBox; seterusnya ia disuaireka untuk diguna pada komputer berasaskan pemproses PowerPC dan akhirnya dipindahsuai ke komputer berasaskan pemproses Intel. Walaupun Apple telah mengemukakan hasrat untuk mengganti Mac OS dengan BeOS secara umum, sistem ini masih tidak dapat mencapai pasaran yang memuaskan. Pada tahun 2001, semua hakmilik intelektual Be dijual kepad Palm, Inc.. BeOS 5 adalah versi rasmi terakhir BeOS yang dikeluarkan oleh Be, walaupun terdapat pembaharuan yang cukup mapan masih dibangunkan sebelum Be diisytiharkan muflis.
Pada Februari 2001, Be Inc. telah mengfailkan saman terhadap Microsoft. Microsoft mengamalkan urusan pelesenan eksklusif dengan pembuat komputer persendirian, menghalang pengeluaran komputer dipasangkan kedua-dua sistem pengoperasi Windows dan sistem pengoperasi lain (seperti BeOS) sekaligus. Pihak Be menyatakan bahawa tindakan anti-saingan ini menghalang mereka daripada mendapat tempat dalam pasaran dan seterusnya memaksa mereka undur dari pasaran. Malahan, ketua pegawai Eksekutif (CEO) Be Inc. (Jean-Louis Gassée) pernah menawarkan BeOS secara percuma kepada pembuat komputer persendirian yang sanggup dwi-but Windows dan BeOS, tetapi tiada yang menerima tawaran tersebut. Pada 5 September 2003, Microsoft dan Be Inc. selesaikan kes tersebut dengan Be Inc. menerima $23.2 juta dolar dan Microsoft dilepaskan dari tuduhan anti-saingan terbabit.
Be, Inc. masih mengekalkan laman web untuk pemegang saham di http://www.beincorporated.com. Salah seorang pekerja Be, Inc. telah menjual domain be.com untuk sejumlah bayaran yang besar kepada sebuah syarikat Hong Kong, tetapi beincorporated.com masih kekal sebagai hubungan teknikal domain terbabit.
BeOS masih digunakan dan disayangi oleh ramai pengguna, dan mereka merasa dukacita apabile Be, Inc. gagal di pasaran komersil dan tiada lagi pembaharuan terhadap sistem pengoperasi tersebut. beberapa projek telah dimulakan untuk merekasemula BeOS dengan sendiri; bermatlamatkan untuk menyambung semula apa yang Be tinggalkan. Kebanyakan projek ini merupakan projek sumber terbuka, untuk menarik pengaturcara-pengaturcara sukarela dan memastikan sistem pengoperasi mereka tidak "hilang" sekali lagi (mirip dengan cara bagaimana Linux, BSD, dan GNU cuba merekasemula UNIX dalam bentuk sumber bebas). Struktur modular BeOS membantu dalam merekasemula sistem pengoperasi tersebut secara sedikit demi sedikit, dengan mengganti modul yang baru ditulis kepada sistem BeOS yang sedia digunakan untuk menguji kesesuaian modul berkenaan. Apabila tiba masanya, semua modul asal BeOS akan diganti dengan modul sumber bebas yang berfungsi serupa dengannya.
yellowTAB dipercayai memiliki hak ke atas sumber kod BeOS versi 5.1 yang tidak sempat disiapkan oleh Be, tetapi tidak ke atas tanda perniagaan BeOS, dan kini mereka mengedar versi pra-keluaran sistem pengoperasi terbabit dengan nama Zeta. yellowTAB tidak pernah menyatakan kedudukan mereka ke atas sumber kod BeOS (mungkin kerana ikatan kontrak), dan ini telah menimbulkan syak wasanka dan kontroversi di dalam komuniti Be.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.