permainan tangan From Wikipedia, the free encyclopedia
Gunting-Batu-Kain (turut dikenali sebagai Gunting-Batu-Kain atau O-som di kalangan masyarakat Melayu) ialah sebuah permainan tangan dua atau lebih orang. Permainan ini sering digunakan untuk pemilihan rawak, sama seperti melambung duit syiling, dadu dan lain-lain. Tetapi jika dimainkan berpanjangan, permainan ini boleh bertukar menjadi permainan kemahiran, kerana manusia jarang sekali bertindak betul-betul rawak. Beberapa permainan dan sukan menggunakannya untuk menentukan peserta mana yang akan mula dahulu. Kadang-kala ia juga digunakan bagi menentukan peranan dalam permainan peran, mahupun dipakai sebagai perjudian. Permainan ini dimainkan di pelbagai bahagian dunia.
Permainan yang serupa dengan permainan ini ialah burung batu air.
Dari kiri ke kanan: batu, kertas, gunting. Setiap isyarat mengalahkan satu daripada dua isyarat lainnya |
Terdapat tiga isyarat tangan dalam permainan ini. Batu digambarkan oleh tangan mengepal, gunting digambarkan oleh jari telunjuk dan tengah, kertas digambarkan oleh tangan terbuka. Tujuan permainan ialah mengalahkan lawan bermain. Aturan piawaian ialah batu mengalahkan gunting, gunting mengalahkan kertas, dan kertas mengalahkan batu.
Jika kedua-dua orang pemain mengeluarkan isyarat yang sama, maka permainan diulang. Kadangkala, pemain menggunakan sistem berulang-ulang sekiranya sekali kemenangan tidak cukup untuk menghentikan permainan. Contohnya, pemain yang menang 5 kali terlebih dahulu menjadi pemenang.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.