From Wikipedia, the free encyclopedia
Buluh (juga dikenali sebagai aur atau bambu) merupakan suku bagi tumbuhan saka berbunga daripada keluarga Poaceae. Struktur pokok buluh adalah berongga di bahagian tengah dan keratan rentas berkas vaskularnya terletak bertaburan di seluruh batang. Ia juga tidak mempunyai xilem.
Buluh بولوه | |
---|---|
Hutan buluh di Kyoto, Jepun | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Supertribus: | Bambusodae |
Tribus: | Bambuseae Kunth ex Dumort. |
Subsuku | |
Lihat senarai penuh di taksonomi Bambuseae. | |
Diversiti | |
[[Taksonomi Bambuseae|Sekitar 92 genus dan 5,000 spesies]] |
Buluh adalah antara tumbuhan yang paling pantas membesar di dunia disebabkan oleh sistem bersandar rizomnya yang unik.[1] Tumbuhan ini mempunyai kepentingan dari segi ekonomi dan budaya di rantau Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan dimana ia digunakan sebagai bahan binaan, sumber makanan dan juga keluaran mentah serbaguna.
Terdapat sepuluh jenis genus buluh dan ia dibahagikan lagi kepada 1,450 spesies.[2] Spesies ini boleh ditemui di pelbagai tempat dengan iklim berbeza sama ada di kawasan pergunungan yang sejuk ataupun kawasan tropika yang panas. Taburan adalah dari latitud 50° di Sakhalin sehingga ke utara Australia dan dari India sehingga ke kawasan Himalaya.[3] Selain itu, buluh juga boleh didapati di sub sahara Afrika serta di benua Amerika iaitu di kawasan negeri Atlantik Tengah[4] sehingga ke Argentina dan Chile. Benua Eropah tidak diketahui mempunyai apa-apa spesies buluh yang asli.[5] Babi Baru-baru ini, terdapat cubaan untuk menanam buluh secara komersial di kawasan Tasik Besar, timur-tengah Afrika terutamanya di Rwanda.[6][7] Beberapa syarikat di Amerika Syarikat juga menanam, menuai dan mengedarkan spesies seperti buluh moso.[8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.