Kuih cang,[1] kueh cang, bak chang, bakcang, atau rouzong (Cina: 肉粽; pinyin: ròuzòng; Pe̍h-ōe-jī: bah-chàng) adalah satu jenis sajian nasi tradisional Cina yang diisi dengan daging haiwan ternakan atau buruan, ikan, babi dan/atau krustasia.[2][3][4] Makanan ini dibalut daun sebelum dimasak secara direbus atau dikukus.[5]
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Cina. (September 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Kuih cang | |
---|---|
Nama alternatif | kuih chang, kueh cang, bak chang, bakcang, rou zong, zongzi, zang, nom asom, pya htote, joong, doong |
Jenis | Kuih beras |
Tempat asal | China |
Kawasan/rantau | Kawasan penutur Cina Asia Timur |
Bahan utama | Beras pulut diisi beraneka inti dan dibungkus dengan daun buluh atau mensiang. |
Keragaman/variasi | Lo mai gai |
sunting · sunting di Wikidata |
Peristilahan
Nama kuih cang dan kueh cang diberikan daripada dialek Baba di negeri Melaka.[6][1]
Sejarah
Kuih ini hidangan utama semasa perayaan Duan Wu.[7] Ia mempunyai kaitan dengan kisah lagenda berlatarkan Zaman Negeri-Negeri Berperang yang diceritakan mengenai seorang menteri daripada negeri Chu bernama Qu Yuan yang membunuh diri di sungai tidak lama selepas diusir buang negeri rajanya akibat difitnah; penduduk sekampung yang mendapat tahu kejadian ini dikatakan membaling zongzi untuk menyelamatkan mayatnya daripada dimakan ikan.[8]
Jenis
Bakcang di China Selatan dan Asia Tenggara biasanya dibuat berintikan daging babi, cendawan shiitake, kuning telur masin, saderi dan halia.[9][10][11]
Ada resipi kuih bakcang yang ditukarkan jenis daging intinya dengan pilihan lebih halal dalam kalangan penganut Islam masyarakat tersebut.[12]
Rujukan
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.