Bahasa Slovak (slovenčina, slovenský jazyk) merupakan sebuah bahasa Indo-Eropah yang di bawah kumpulan bahasa Slavik Barat (bersama dengan Bahasa Czech, Bahasa Poland, Bahasa Kashubia dan Bahasa Sorbia).
Slovak | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
slovenčina , slovenský jazyk | |||||||
Asli kepada | Slovakia, Serbia; bahasa minoriti di Republik Czech, Hungary, Croatia dan Ukraine | ||||||
Penutur bahasa | 5.2 juta (2011–2012)e18 | ||||||
Indo-European
| |||||||
Rumi (Abjad Slovak) Braille Slovak | |||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Slovakia Kesatuan Eropah Republik Czech[1] Serbia, (Vojvodina)[2] | ||||||
Bahasa minoriti dikenali di | |||||||
Dikawal selia oleh | Kementerian Kebudayaan Republik Slovakia | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | sk | ||||||
ISO 639-2 | slo (B) slk (T) | ||||||
ISO 639-3 | slk | ||||||
Glottolog | slov1269 | ||||||
Linguasphere | 53-AAA-db < 53-AAA-b...–d | ||||||
Dunia berbahasa Slovak:
wilayah yang bahasa Slovak bahasa majoriti wilayah yang bahasa Slovak bahasa minoriti yang penting | |||||||
Bahasa Slovak dituturkan di Slovakia (oleh 5 juta orang), Amerika Syarikat (500,000, penghijrah), Republik Czech (320,000, desebabkan oleh bekas Czechoslovakia), Hungary (20,000), Utara Serbia-Vojvodina (60,000, desebabkan oleh Empayar Austria-Hungary), Romania (22,000, disebabkan oleh Empayar A-H), Poland (20,000), Kanada (20,000, penghijrah), Australia (penghijrah), Austria, Ukraine, Bulgaria, Croatia (5,000) dan beberapa buah negara yang lain.
Abjad
Satu catatan untuk para pengguna wikipedia Bahasa Melayu: Semua vokal Bahasa Slovak, tetapi tiada konsonan yang khas untuk Bahasa Slovak (iaitu tiada č, ď, ľ, ĺ, ň, ŕ, š, ť, ž) terdapat dalam enkoding Latin-1.
Bahasa Slovak menggunakan sejenis modifikasi adjad Latin. Modifikasi ini termasuk 4 diakritikal (ˇ, ´, ¨, ^) diletakkan di atas sesetengah huruf.
Susunan leksikografik bagi abjad Slovak adalah mirip Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris: A B C D DZ E F G H CH I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z. Namun huruf yang penuh membenarkan diakritik (huruf yang ada diakritik sering ada di belakang huruf yang tiada diakritik) dan adalah seperti berikut: a á ä b c č d ď dz dž e é f g h ch i í j k l ľ ĺ m n ň o ó ô p q r ŕ s š t ť u ú v w x y ý z ž. Sila ambil perhatian bahawa dz, dž, dan ch dikira sebagai satu huruf dan ch mengikut h (bukan c). Huruf-huruf "q", "w", "x" hanya digunakan dalam perkataan pinjaman, tidak dalam perkataan Slovak asli.
Huruf-huruf dipisahkan seperti berikut:
Dialek
Terdapat banyak dialek Slovak yang terbahagi kepada empat kelompok dasar berikut:
- Dialek Timur Slovak (di Spiš, Šariš, Zemplín dan Abov)
- Dialek Tengah Slovak (di Liptov, Orava, Turiec, Tekov, Hont, Novohrad, Gemer dan Kaunti Zvolen yang bersejarah)
- Dialek Barat Slovak (di bahagian Slovakia yang tinggal: Kysuce, Trenčín, Trnava, Nitra, Záhorie)
- Dialek Tanah Rendah (dolnozemské) Slovak (di luar Slovakia di Lembangan Pannonia di Vojvodina Serbia dan di tenggara Hungary, barat Romania dan bahagian Croatia di Syrmia)
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.