Bahasa Melayu Palembang

bahasa bangsa Melayu di Palembang From Wikipedia, the free encyclopedia

Bahasa Melayu Palembang

Bahasa Palembang (بهاس ڤلامبڠ), juga dikenali sebagai Melayu Palembang (ملايو ڤلامبڠ) (Baso Palembang) adalah bahasa ibu kepada Orang Melayu Palembang yang berasal daripada wilayah Palembang. Bahasa ini diguna pakai oleh lebih kurang 3.93 juta penduduk (mengikut kajian selidik 2023) sebagai bahasa ibu bagi penduduk tempatan Sumatera Selatan, bersama dengan lingua franca daerah popular lain di wilayah itu bahasa Melayu Basemah.

Fakta Segera Asli kepada, Kawasan ...
Bahasa Melayu Palembang
بهاس ملايو ڤاليمبڠ[a]
Baso Palembang
باسو ڤليمباڠ
Asli kepadaIndonesia
KawasanSumatera Selatan
EtnikMelayu Palembang[1]
Penutur bahasa
~3,930,000-4,500,000 (2023)[2]
Bentuk piawai
Palembang Bandar
Dialek/loghat
  • Palembang Sari-sari
  • Palembang Alus
SumberBadan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan[3][4]
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Sumatera Selatan[5] (ditakrifkan sebagai bahasa daerah bumiputera bersama dengan bahasa rasmi kebangsaan Indonesia)
Dikawal selia olehBadan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan[5]
Kod bahasa
ISO 639-3mui
Glottologpale1264
Thumb
Thumb
Thumb
Koordinat: 2.991732°S 104.763473°E / -2.991732; 104.763473
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.
Tutup
Thumb
Kulit buku Pedoman Ejaan Bahasa Palembang, yang dikeluarkan oleh Jabatan Bahasa Palembang, Pusat Linguistik Negeri Sumatera Selatan, tahun 2007[4]

Kelas

Bahasa Melayu Palembang mempunyai dua kelas sosial, iaitu Baso Pelembang Alus atau Bebaso dan Baso Pelembang Sari-sari meski mengelaskan bahasa semacam ini sangat jarang diguna pakai. Baso Pelembang Alus dipergunakan dalam percakapan dengan ketua komuniti, orang-orang tua, atau orang-orang yang dihormati, terutama dalam upacara-upacara adat. Perbendaharaan kata dalam kelas bahasa ini mirip dengan Kromo yang ada pada bahasa Jawa, sementara sari-sari sendiri lebih menyerupai bentuk bahasa basahan dalam Bahasa Melayu Klasik, utiliti pada kelas ini tentu sesuai dengan namanya dalam sebutan dialek tempatan.

Amnya bahasa Melayu Palembang berasal daripada Bahasa Melayu Klasik, dibuktikan dengan penggunaan kata misal pacal (bermakna menyebut hamba dengan kasar) dan pelbagai kata lain yang takrif dalam dialek. Selepasnya saki-baki keturunan Sang Sapurba, ditewaskan oleh Raja-raja Jawa dari yang meluaskan pengaruh mereka yaitu Kerajaan Demak dan Kerajaan Mataram yang mempengaruhi perbendaharaan kata bahasa ini dan memperkenalkan cara berbahasa halus dan tata susila yang diambil daripada Kromo.[perlu rujukan] Loghat dalam Bahasa Melayu Palembang untuk kelas Alus maupun Sari-sari dipengaruhi oleh loghat daripada bahasa Lampung meskipun hanya sedikit perbendaharaan kata bahasa itu yang masuk.

Bahasa Melayu Palembang mempunyai kesamaan dengan dialek Melayu di wilayah di sekitarnya, seperti Jambi dan Bengkulu. Di kedua-dua daerah ini, akhiran 'a' pada kosa kata bahasa Melayu bertukar kepada 'o' berbeza dengan Riau dan Pontianak yang banyak menukar akhiran 'a' kepada 'e'. Pada dialek bahasa-bahasa Melayu di wilayah itu, pemadaman huruf 'h' pada awal, tengah dan akhir kata ialah perkara yang lazim berlaku. Inversi jika merujuk kepada dialek Riau dan Pontianak yang memperkasakan huruf 'h' pada awal, tengah dan akhir kata.

Perbandingan ayat antara bahasa

Maklumat lanjut Melayu Palembang (Sari-Sari), Indonesia ...
Melayu Palembang (Sari-Sari)IndonesiaMelayu PiawaiMinangkabau
Deklarasi Universal Pasal Hak Asasi ManusioPernyataan Umum tentang Hak-Hak Asasi ManusiaPerisytiharan Hak Asasi Manusia SejagatDeklarasi Sadunia Hak-Hak Asasi Manusia
Pasal 1Pasal 1Perkara 1Pasal 1
Segalo manusio dilaherke merdeka, serto bemartabat dengen hak-hak yang samo. mereka dikaruniai akal dengen hati nurani, dan hendaknyo begaul dengen sikok samo laen dalam semangat bedolor.Semua orang dilahirkan merdeka dan mempunyai martabat dan hak-hak yang sama. Mereka dikaruniai akal dan hati nurani dan hendaknya bergaul satu sama lain dalam semangat persaudaraanSemua manusia dilahirkan merdeka dan mempunyai martabat dan hak-hak yang sama. Mereka mempunyai pemikiran dan hati nurani dan hendaklah bergaul antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan.Sadonyo manusia dilahiakan mardeka dan punyo martabat sarato hak-hak nan samo. Mareka dikaruniai aka jo hati nurani, supayo satu samo lain bagaul sarupo urang badunsanak.
Tutup

Bibliografi

  • P.D. Dunggio, dkk. Struktur Bahasa Melayu Palembang

Nota

  1. digunakan pakai Kesultanan Palembang
  2. diguna pakai masa Kesultanan Palembang

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.