From Wikipedia, the free encyclopedia
Azzam Al-Ahmad (Arab: عزام الأحمد ) ialah seorang ahli politik Palestin. Beliau pernah berkhidmat sebagai menteri kabinet sejak 1996 di bawah pentadbiran empat ketua kerajaan Palestin; iaitu Yasser Arafat, Mahmud Abbas, Ahmed Qurei dan Ismail Haniyeh. Beliau ialah ahli jawatankuasa pusat Gerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah), parti pemerintah Palestin.[1]
Azzam Al-Ahmad | |
---|---|
عزام الأحمد | |
Ketua Blok Gerakan Fatah Majlis Perundangan Palestin | |
Memegang jawatan 2006 | |
Presiden | Mahmud Abbas |
Timbalan Perdana Menteri Palestin | |
Dalam jawatan Mac 2007 – Jun 2007 | |
Presiden | Mahmud Abbas |
Perdana Menteri | Ismail Haniyeh |
Didahului oleh | Nasiruddin Al-Syair |
Digantikan oleh | jawatan tiada |
Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Palestin | |
Dalam jawatan November 2003 – Februari 2005 | |
Presiden | Yasser Arafat (2003-2004) Mahmud Abbas (2004-2005) |
Perdana Menteri | Ahmed Qurei |
Didahului oleh | Abdul Rahman Hamad |
Digantikan oleh | Sabri Sidam |
Menteri Komunikasi Palestin | |
Dalam jawatan Mac 2003 – Oktober 2003 | |
Presiden | Yasser Arafat (2003-2004) |
Perdana Menteri | Mahmud Abbas |
Didahului oleh | jawatan tiada |
Digantikan oleh | Abdul Rahman Hamad (Komunikasi dan Teknologi Maklumat) |
Menteri Perumahan dan Kerja Raya Palestin | |
Dalam jawatan Jun 2002 – Mac 2003 | |
Presiden | Yasser Arafat |
Didahului oleh | Abdul Rahman Hamad (Perumahan) |
Digantikan oleh | Hamdan Asyur |
Menteri Kerja Raya Palestin | |
Dalam jawatan Mei 1996 – Jun 2002 | |
Presiden | Yasser Arafat |
Didahului oleh | jawatan kosong |
Digantikan oleh | dirinya |
Duta Pertubuhan Pembebasan Palestin ke Iraq | |
Dalam jawatan 1979–1994 | |
Presiden | Yasser Arafat |
Anggota Parlimen Palestin untuk Jenin | |
Memegang jawatan 2006 Berkhidmat dengan Khalid Yahya, Khalid Abu Hasan, dan Shami Shami | |
Anggota Parlimen Palestin untuk Jenin | |
Dalam jawatan 1996–2006 Berkhidmat dengan Burhan Jarrar, Jamal Al-Hindi, Hikmat Zaid, Ahmad Irsyaid, dan Fakhri Ahmad | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Azzam Najib Mustafa Al-Ahmad عزام نجيب مصطفى الأحمد 1947 Rumanah, Jenin, Palestin Bermandat |
Parti politik | Fatah |
Beliau ialah Ahli Majlis Perundangan Palestin (Parlimen Palestin) bagi kawasan Jenin, bertanding mewakili Fatah bagi pilihan raya 1996[2] dan 2006.[3] Beliau dilantik menjadi Ketua Blok Fatah dalam Parlimen Palestin.[4]
Sebagai ketua blok parlimen, beliau telah mengetuai delegasi Fatah dalam rundingan damai dengan delegasi Hamas yang diketuai Musa Abu Marzuk pada 2008, bertempat di Sanaa, Yaman.[5] Beliau juga telah mengetuai delegasi Fatah dalam rundingan damai dengan delegasi Hamas yang diketuai Ismail Haniyeh bagi membentuk kerajaan perpaduan pada 2014, bertempat di Gaza.[6] Beliau juga mengetuai delegasi Fatah dalam rundingan damai dengan delegasi Hamas yang diketuai Saleh Al-Aruri pada 2017 yang bertempat di Kaherah, Mesir.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.