Azizi Matt Rose
Pemain bola sepak Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Azizi Matt Rose (lahir pada 6 November 1981 di Kangar, Perlis) ialah seorang pemain bola sepak Malaysia, dan bermain di bahagian pertahanan untuk pasukan Johor Darul Takzim FC.
Remove ads
Remove ads
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya dalam bola sepak dengan bermain untuk pasukan Piala Presiden Perlis, selepas bakat beliau berjaya dihidu oleh pengurusan pasukan.
Bersama Perlis
Beliau berjaya diserap ke skuad senior negeri kelahirannya. Pada waktu itu merupakan zaman kegemilang Perlis yang menjadi gergasi bola sepak Malaysia pada 2002-2006. Tugas beliau sebagai pertahanan membuatkan beliau berpeluang menganggotai skuad untuk kejohanan Piala Asia 2007. Bersama Perlis, beliau berjaya mendakap Liga Super dan Piala Malaysia untuk dua tahun( 2004 dan 2006).
Berhijrah ke PDRM
Beliau menyertai skuad PDRM pada musim 2007. Bersama PDRM, beliau berjaya membawa pasukan memenangi Liga Perdana, dan bermain dalam Liga Super untuk tahun hadapan. Namun, tidak lama kemudian beliau keluar dari pasukan pada tahun berikutnya.
Kembali ke pangkuan, Menyertai Kuala Muda
Beliau menyertai semula pasukan Perlis pada 2008. Namun, beliau keluar dan menyertai pasukan baru dari Kedah, iaitu Kuala Muda Naza. Bersama pasukan baru, beliau berjaya membawa pasukan memenangi Liga Perdana dan membawa pasukan mara ke separuh akhir Piala FA.
Gemilang bersama Kelantan
Catatan sejarah beliau sangat membanggakan bersama Kelantan. Beliau sering menjadi nadi utama pasukan dalam setiap perlawanan. Bersama Kelantan, beliau membawa pasukan memenangi Piala Malaysia untuk pertama kalinya.
Ke T-Team
Beliau bersama Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Mohamad membuat kejutan pada akhir tahun 2010, selepas Kelantan berjaya memenangi Piala Malaysia pertama mereka. Mereka bertiga menyertai kelab dari Terengganu, iaitu T-Team. Bersama T-Team, beliau menjadi tunjang pasukan dengan mara ke separuh akhir Piala Malaysia dan mencipta clean record menentang Selangor sepanjang musim 2011.
Kembali ke Kelantan
Beliau kembali menyarung jersi Kelantan selepas mengharungi semusim bersama T-Team.
Johor Darul Takzim
Bagi musim 2014 kali ini beliau akan menyarung jersi pasukan Johor Darul Takzim dan diberi jersi bernombor 2.

Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads