Shamo (軍鶏) merujuk pada nama am bagi baka ayam sabung di Jepun. Terdapat tujuh baka ayam Shamo yang diakui di Jepun. Kesemuanya didesignasi sebagai Monumen Semulajadi Jepun. Baka-baka ayam Shamo dipercayai berasal daripada baka ayam Melayu yang dibawa masuk daripada Thailand pada awal kurun ke-17.[1]:13
Sejarah
Nama "Shamo" merupakan kecacatan perkataan bagi "Siam", yang bermaksud "Thailand", semasa awal zaman Edo. Meskipun baka ini berasal daripada Thailand, ia telah menjalani pembiakkan terpilih selama beberapa ratus tahun dan amat berbeza dari baka asal. Baka ini digunakan dalam sabung ayam di Jepun, di mana ia dibenarkan. Ia juga dibiakkan di seluruh dunia untuk tujuan pertandingan .[perlu rujukan]
O-Shamo dan Chu-Shamo merupakan designasi bagi merujuk kategori berat yang berbeza, di mana Nankin-Shamo merujuk pada ayam bantam. Ko Shamo (シャモ), tidak seperti O-Shamo dan Chu-Shamo, adalah merupakan baka hiasan dan tidak digunakan untuk tujuan sabung ayam. Meskipun tiada kaitan dengan baka-baka lain, ia sering kali dianggap sama disebabkan oleh persamaan pada namanya.[perlu rujukan]
Baka
Tujuh baka diakui sebagai Monumen Semulajadi Jepun iaitu:[1]:13[2]:92
- Ehigo-Nankin-Shamo
- O-Shamo (Shamo besar, 大軍鶏)
- Kinpa
- Ko-Shamo (Shamo kecil, 小軍鶏)
- Nankin-Shamo (Nankin Shamo, 南京軍鶏)
- Yakido atau Ygido (八木戸鶏)
- Yamato-Shamo atau Yamato Gunkei
Kelainan Shamo lain termasuk Chu-Shamo (Shamo sederhana, 中軍鶏)[3]:321 dan Chibi Shamo.[3]:322
Di Barat
Di United Kingdom, Shamo, Ko-Shamo, Nankin Shamo, Yakido dan Yamato Gunkei diakui sebagai baka-baka yang berbeza,[4] sementara Chu-Shamo dan Chibi Shamo disebutkan dalamStandard Unggas Britain.[3]:321–322 Entente Européenne mengiktiraf Shamo, Ko-Shamo, Yakido dan Yamato Gunkei, dan tidak mengiktiraf Chu-Shamo dan Nankin Shamo.[5] Standard Unggas Australia hanya menyenaraikan hanya satu bentuk Shamo, dengan berat minimum 3 kg.[6] Persatuan Unggas Amerika mengiktiraf Shamo sebagai satu baka, bagi kedua-dua saiz standard dan bantam.[7]
Rujukan
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.