Awan Oort
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Awan Oort (bahasa Inggeris: Oort Cloud) adalah awan komet berbentuk sfera yang dipercayai berada sekitar 50,000 hingga 100,000 unit astronomi AU dari matahari (sekitar 1,000 kali ganda jarak Matahari ke planet Pluto); dengan cakera dalamnya pada laluan ekliptik matahari dari kawasan Kuiper. Walaupun tiada pemerhatian langsung telah dibuat pada awan sebegitu, ia dipercayai sebagai sumber kebanyakan komet yang memasuki kedalam sistem suria (sebahagian komet jangka pendek mungkin berasal daripada Lingkaran Kuiper Kuiper), berdasarkan pencerapan orbit komet.
Pada tahun 1932 Ernst Öpik, astronomi Estonia, mengusulkan cadangan bahawa komet berasal dari awan yang mengorbit dipinggir sistem solar. Pada tahun 1950 idea tersebut dihidupkan kembali dan diusulkan oleh astronomi Belanda Jan Oort untuk menerangkan keadaan pertentangan yang timbul: komet musnah selepas beberapa kali melalui sistem solar, oleh itu jika komet yang kita pantau telah wujud semenjak permulaan sistem solar, tidak ada komet yang sepatutnya masih tinggal sekarang. Menurut teori tersebut, awan Oort mengandungi berjuta-juta nukleus komet, yang stabil disebabkan sinaran matahari adalah lemah pada jarak tersebut. Awan Oort membekalkan komet baru secara berterusan, menggantikan yang telah dimusnahkan.
Awan Oort dijangka sebagai baki nebula asal yang mengucup untuk membentuk matahari dan planet lima juta tahun dahulu, dan awan Oort dikatakan tertambat lemah pada sistem solar. Teori pembentukan awan Oort yang diterima umum adalah; objek awan Oort mulanya terbentuk lebih hampir dengan Matahari sebagai sebahagian proses yang sama pembentukan planet dan asteroid, tetapi interaksi graviti dengan gergasi gas muda seperti Jupiter melontar mereka ke orbit parabolik atau elips amat panjang. Proses ini juga bertindak mencampak objek keluar dalam bentuk satah ekliptik, ini menjelaskan bentuk taburan sfera awan. Ketika berada di orbit kawasan yang jauh keluar, interaksi graviti dengan bintang yang terletak berhampiran, menukar orbit komet dengan lebih lanjut dan menjadikan orbit komet lebih bulat.
Ia dipercayai bahawa sistem bintang yang lain kemungkinannya turut mempunyai awan Oort mereka sendiri, dan bahagian luar awan Oort bintang-bintang yang berlainan boleh bertindan, menyebabkan kadang-kala berlakunya pencerobohan komet ke bahagian dalam sistem solar.
Sehingga kini, hanya satu kemungkinan awan Oort telah dijumpai; planetoid Sedna. Dengan orbit dianggarkan antara 76 sehingga 850 AU, ia adalah lebih hampir daripada jangkaan dan mungkin tergolong sebagai "dalam" awan Oort. Jika Sedna benar-benar tergolong dalam awan Oort, ini mungkin bererti bahawa awan Oort adalah lebih padat dan lebih hampir dengan Matahari berbanding yang dianggarkan sebelum ini. Pekara ini mencadangkan bahawa kemungkinan Matahari pada awalnya berfungsi seolah-olah sekumpulan bintang padat; mempunyai beberapa jiran rapat semasa pembentukan awan Oort; ini berdasarkan andaian bahawa objek yang dilontar oleh gergasi gas akan mempunyai orbit pusingan yang lebih hampir dengan matahari berbanding sekiranya ia berlaku dengan jiran yang lebih jauh.
diameter
Jumlah | Nama | Diameter Equatorial (km) |
Perihelion (in AU) | Aphelion (in AU) | Tarikh dijumpai | Dijumpai oleh | Kaedah diameter |
---|---|---|---|---|---|---|---|
planet kecil Sedna (2003 VB12) | <1800, >1250 | 76 (±7) | ~850 | 2003 | Mike Brown, Chad Trujillo, David Rabinowitz | haba |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.