From Wikipedia, the free encyclopedia
Aul (Chechen:oil); Rusia: аул , Turki: awıl) ialah sejenis kampung berkubu yang didapati di seluruh pergunungan Caucasus, terutamanya di Dagestan.
Perkataan ini berasal daripada orang Turki dan membawa maksud "kampung" dalam banyak bahasa-bahasa keluarga bahasa Turki.
Aul di Svaneti (di dalam Republik Georgia), yang memiliki menara Zaman Pertengahannya yang tersendiri, diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia.[1] Menara yang serupa boleh didapati di wilayah-wilayah lain di Caucasus, khususnya di Ingushetia.
Aul lazimnya diperbuat daripada batu, pada permukaan rabung atau pada muka cenuram sebagai pertahanan daripada serangan mmengejut. Rumah kediaman lazimnya dua tingkat dan dibina berperingkat-peringkat bagi memastikan musuh tidak boleh mara melalui jalan-jalan kampung. Rumah-rumah sering memiliki aspek selatan bagi memanfaatkan sinaran matahari pada musin sejuk, dan supaya dilindungi daripada angin utara. Lazimnya rumah tidak terletak berdekatan tanah pertanian atau punca air, justeru air perlu dibawa ke penempatan.
Dalam abad ke-19 semasa Empayar Rusia cuba menakluk Caucasus, aul merupakan benteng pertahanan yang kuat dan sering kali hanya boleh ditawan dengan menggempurnya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.