Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Atharva Veda (Sanskrit: अथर्ववेदः, atharvaveda, iaitu kata majmuk tatpurusha yang terdiri daripada atharvan, seorang Rishi purba, dan veda, yang bererti "knowledge") merupakan salah satu kitab suci agama Hindu dan salah satu daripada empat Veda yang sering bergelar "Veda keempat".
Teks Hindu |
Śruti
Smriti
|
Veda ini telah diturunkan oleh Veda Vyasa kepada pengikutnya, Sumantu.
Veda ini juga dikenali sebagai Atharvana Veda, Atharvangirasa, Angirasa, Bhrgvangirasa, Bhrigu Vistara, Brahma Veda,, Bhaisajya Veda, dan Ksattra Veda.[1]
Perkataan 'Atharvan' mungkin berasal daripada 'athar' iaitu api, dan mungkin bermaksud, 'sami api'. Maka, Atharvan mungkin nama seorang Rishi purba yang 'membawa api dari syurga' dan memulakan upacara ritual korban di bumi. Kemungkinan, rishi-rishi daripada puak Atharvan, Angiras, Bhrigu, Atharvangirasa, dan Brahman adalah rishi-rishi yang mula-mula mendengar Veda ini. Maka, ia mendapat nama-nama lain sempena nama rishi-rishi itu.[2]
Atharva Veda terdiri daripada 9 śākhā (resensi) iaitu: Paippalāda, Dānta, Pradānta, Snāta, Snauta, Brahmadāvala, Śaunaka, Devadarśani, dan Caranavidyā. Namun, pada masa kini, hanya 2 sakha yang masih wujud, iaitu Pippalada dan Saunaka.
Atharva Veda dibahagikan kepada empat 'prapathaka,' yang merangkumi 20 'kanda.' Setiap kanda dibahagikan kepada 'sukta' dan seterusnya sukta dibahagikan kepada 'mantra.' Keseluruhannya terdapat 6077 mantra dalam 736 sukta-sukta dalam 20 kanda. Disebabkan perbezaan kaedah mengumpul atau mengelaskan mantra-mantra ini, jumlah sukta-sukta yang diberikan oleh sesetengah cendikiawan berbeza di antara 598 hingga 759. Namun, jumlah mantra masih tetap sama.
Sehingga kini, tidak ada Aranyaka Veda ini yang ditemui dan hanya satu Brahmana sahaja yang wujud iaitu Gopanatha Brahmana.
Atharva Veda juga mengandungi tiga Upanishad yang popular iaitu:
Atharva Veda mempunyai beberapa keunikan yang membezakannya dengan Veda-Veda lain, terutamanya Rig Veda.[3]
Veda ini lebih menumpukan kepada kehidupan di sini dan sekarang, berbanding kehidupan akan datang atau selepas kematian. Oleh itu, upacara ritual dalam Veda ini kebanyakannya adalah untuk mencapai hasrat kehidupan duniawi. Sebahagian besar Veda ini menyentuh tentang penyakit dan penawarnya, ritual untuk memanjangkan usia, ritual untuk memenuhi sesuatu hasrat atau keinginan, seni pembinaan, perdagangan, perniagaan, pentadbiran negara, ritual-ritual untuk menebus dosa, ilmu sihir, dan sebagainya.
Gaya sasteranya juga agak canggih berbanding tiga Veda yang lain. Maka, beberapa orang sarjana berpendapat bahawa Veda ini tidak diterima dalam kelompok Veda kerana menganggapnya sebagai sesuatu untuk 'orang ramai'. Namun, kepopularan Veda ini akhirnya telah memaksa pemimpin-pemimpin masyarakat untuk menerimanya sebagai Veda keempat dan memberikan sami-saminya kedudukan tinggi dalam upacara korban.
Atas alasan yang sama, Veda ini juga dianggap sebagai lebih muda berbanding Veda-Veda lain. Misalnya, C.V.Vaidya[4], seorang cendikiawan moden memberikannya tarikh antara 3000 hingga 2500 S.M. Namun, kronologi Veda adalah bidang yang amat sukar dan tidak mudah untuk menetapkan sesuatu tarikh yang tepat.
Sukta-sukta ini adalah mengenai kesihatan dan ilmu perubatan. Pelbagai penyakit, punca-punca penyakit dan juga rawatannya diberikan di sini. Oleh itu, Atharva Veda juga dianggap sebagai pelopor sains Ayurveda (sains kesihatan). Kadang-kadang, Ayurveda juga disenaraikan sebagai suatu Upaveda atau subsidiari Atharva Veda.
Sukta-sukta ini mengandungi banyak ayat-ayat suci untuk mendoakan umur yang panjang dan badan yang sihat. Senarai nama-nama anggota badan yang diberikan di sini menonjolkan ilmu yang mendalam tentang anatomi manusia. Selain, tumbuh-tumbuhan dan herba-herba yang bersifat perubatan juga disenaraikan.
Selain penyediaan ubat dan remedi untuk sesuatu penyakit, mantera-mantera dan jampi untuk penyembuhan juga diberikan.
Sukta-sukta ini mengandungi ayat-ayat suci untuk mendoakan usia yang panjang. Ayat-ayat suci ini hendaklah diucapkan semasa beberapa upacara seperti caulam (mencukur rambut pertama), upanayana (pemakaian benang suci), godana (menghadiahkan lembu) dan sebagainya.
Terdapat beberapa Ayat-ayat suci yang meluahkan hasrat untuk hidup selama 100 tahun.
Pemakaian 'Raksha Sutra' ('benang perlindungan') juga disarankan untuk usia yang panjang.
Pusti bermaksud kemajuan dan kesejahteraan duniawi. Sukta-sukta ini amnya mengandungi doa-doa untuk mendapatan rahmat dewa-dewi seperti Marut dan Parjanya demi mendapatkan hujan yang secukupnya, hasil bumi yang baik, dan juga untuk kerja pembinaan rumah, kejayaan aktiviti pertanian atau perniagaan. Ritual-ritual yang bertujuan untuk kebaikan dinamakan sebagai 'suklendrajāla.'
Sukta-sukta ini adalah bertujuan untuk menghapuskan atau mencederakan musuh -musuh yang menghalang kemajuan atau mengancam diri dan harta benda seseorang. Dengan memuaskan dewa-dewi atau sesuatu roh halus, seseorang boleh memenuhi hasratnya. Kaedah ini dinamakan sebagai 'yatu' atau 'krtya'. Perkataan 'kṛṣṇendrajāla' digunakan untuk merujuk kepada ritual ilmu sihir yang digunakan di sini.
Antara ilmu-ilmu sihir yang diberikan ialah seperti untuk menghapuskan kekasih pasangan seseorang, menghapuskan roh-roh jahat, memukau orang lain untuk memenuhi sesuatu, dan sebagainya.
Ini ialah ritual-ritual untuk menawar kesan negatif akibat kegagalan melakukan atau melakukan sesuatu upacara agama dengan cara yang salah. Petanda-petanda buruk dan ritual untuk menentangnya juga diberikan.
Ini ialah sukta-sukta mengenai upacara perkahwinan, cinta dan subjek-subjek berkaitan. Ritual untuk mendapatkan kembali cinta juga diberikan di sini.
Sukta-sukta ini adalah berkaitan sistem politik pada masa lampau Doa-doa untuk kemenangan dalam peperangan dan ayat-ayat suci yang meluahkan cinta kepada ibu pertiwi juga diberikan di sini.
Sukta-sukta ini menghuraikan tentang sifat-sifat Brahman, Tuhan Yang Mutlak. Idea-idea falsafah yang diberikan di sini membentuk suatu kaitan dengan idea-idea dalam Rig Veda dan Upanishad.
Nama-nama Brahman atau Tuhan yang diberikan di sini adalah agak unik seperti Kāla, Skambha, Ucchiṣṭa, dan Vrātya. Brahman adalah raja segala ciptaan. Alam semesta ini telah lahir dari-Nya kerana itu adalah niat-Nya (Atharva Veda 19.53.8).
Matahari adalah simbol kuasa-Nya dan ia dinamakan 'Rohita,' 'Si Merah'. Matahari disamakan dengan Tuhan sendiri.
Samhita Veda ini memberikan gambaran yang menarik tentang masyarakat pada zaman itu. Kawasan yang didiami oleh penduduk masa itu merangkumi Gandhara (Afghanistan) ke Magadha dan Anga (Bihar dan Bengal).
Sistem varna telah menjadi kukuh pada masa itu. Tiga varna pertama dikenali sebagai Arya' dan varna keempat ialah 'Shudra'. Namun, semua orang hidup dengan aman.
Raja-raja pada masa itu juga amat berkuasa dan kegiatan perniagaan dan perdagangan telah berkembang pesat. Pertanian masih menjadi kegiatan utama masyarakat.
Lembu disanjung tinggi dan pemberian lembu dianggap sebagai perbuatan mulia.
Institusi perkahwinan dan ritual-ritual kematian pula hampir sama dengan zaman Rig Veda.
http://www.sacred-texts.com/hin/av.htm
http://theology101.org/hin/av/ Diarkibkan 2016-05-26 di Wayback Machine
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.