Archie Harrison Mountbatten-Windsor (diputerakan 6 Mei 2019) ialah putera kepada Putera Harry, Duke Sussex, dan Meghan Markle, Duchness Sussex. Seorang cicinda kepada Ratu Elizabeth II, baginda merupakan yang ketujuh dalam susur galur pewarisan takhta British.

Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...
Putera Archie dari Sussex
Kelahiran (2019-05-06) 6 Mei 2019 (umur 5)
Hospital Portland, London, United Kingdom
Warganegara
  • British
  • Amerika
Ibu bapa
Saudara
Tutup

Keputeraan dan kerabat

Archie Harrison Mountbatten-Windsor ialah putera kepada Duke dan Duchness Sussex. Baginda diputerakan pada 05:26 BST (04:26 UTC) pada 6 Mei 2019 di Hospital Portland di London.[1][2] Beberapa mercu tanda diterangi cahaya pelbagai warna untuk menandakan keputeraan, termasuk Air Terjun Niagara, Menara CN dan Mata London.[3][4][5] Namanya diumumkan pada 8 Mei 2019.[6] Baginda dibaptiskan memakai jubah pengkristianan dirja oleh Uskup Besar Canterbury pada 6 Julai 2019 di Gereja Kecil Peribadi Istana kota Windsor.[7]

Archie Mountbatten-Windsor ialah keturunan kerabat diraja British pada sebelah ayahandanya dan daripada kelas pekerja Amerika pada sebelah bondanya.[8] Baginda ialah rakyat bagi kedua-dua negara United Kingdom dan Amerika Syarikat.[9][10]

Gelaran dan pewarisan

Seorang cicinda Ratu Elizabeth II,[11] Archie Mountbatten-Windsor adalah yang ketujuh dalam susur galur pewarisan British.[8] Baginda juga pewaris sah kepada gelaran ayahandanya iaitu Duke Sussex, Earl Dumbarton, dan Baron Kilkeel.[11][12]

Disebabkan Duke Sussex bukan putera sulung Putera Wales,[13] puteranya bukan putera British dan tidak dikurniakan "Royal Highness".[11] Ibu bapanya mempunyai pilihan untuk menggunakan salah satu gelaran tambahan Putera Harry, seperti Earl Dumbarton, sebagai suatu gelaran kehormat, namun mereka memutuskan untuk menggayakan baginda Master Archie Mountbatten-Windsor,[14][15] menurut hasrat mereka agar baginda dibesarkan sebagai rakyat peribadi.[16][17]

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.