From Wikipedia, the free encyclopedia
Antoine Marie Jean-Baptiste Roger, comte de Saint-Exupéry[3] ([on-twan dĕ séng-tég-zeu-pé-rhi] / [ɑ̃twan də sɛ̃tɛɡzypeʁi]; 29 Jun 1900 – 31 Julai 1944) merupakan seorang bangsawan, penulis, wartawan, penyajak dan penerbang dari Perancis. Beliau paling dikenali atas karya novela Le Petit Prince, namun beliau turut memenangi banyak anugerah tinggi sastera di kedua-dua Perancis dan Amerika Syarikat.
Antoine de Saint-Exupéry | |
---|---|
Lahir | Antoine Marie Jean-Baptiste Roger 29 Jun 1900 Lyon, Perancis |
Meninggal dunia | diputuskan mati 31 Julai 1944 44) selatan Marseille, Perancis | (umur
Pekerjaan | Penerbang, penulis |
Pendidikan | Villa St. Jean International School |
Genre | Autobiografi, belles-lettres, esei, sastera anak-anak |
Anugerah |
|
Pasangan | Consuelo Suncín de Sandoval (1931 – his death) |
Tandatangan | |
Antoine Jean-Baptiste Marie Roger de Saint Exupéry lahir pada 29 Jun 1900 di sebuah rumah beralamat rue 8, rue du Peyrat, arrondissement ke-2 Lyon.[4] Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga bangsawan beragama Katolik.
Pada tahun 1919, Antoine menduduki peperiksaan persediaan memasuki Akademi Tentera Laut Perancis namun beliau gagal sebanyak dua kali. Beliau memutuskan menukarkan pusat pengajiannya di École nationale supérieure des beaux-arts di mana beliau bekerja sebagai seorang juruaudit dalam bidang seni bina selama 15 bulan, namun beliau masih tidak dapat menghabiskan pengajiannya.[5] Pada tahun 1921, Antoine memasuki khidmat tentera di mana beliau ditugaskan sebaagi seorang askar pangkat rendah dalam rejimen berkuda kedua (2e Régiment de chasseurs à cheval) dan ditugaskan ke bandar Neuhof, berdekatan Strasbourg.[6]
Berikutan gencatan senjata antara pihak Perancis Vichy dan Jerman Nazi pada Jun 1940, beliau berhijrah ke Bandar Raya New York lewat tahun sama. Beliau cuba menggunakan pengaruhnya untuk mendesak Amerika Syarikat terlibat dalam Perang Dunia Kedua yang sedang meletus di Eropah, namun beliau dipandang dengan penuh sangsi kerana pegangan fahaman Pétainiste hanya kerana beliau sendiri tidak berfahaman Gaullis.
Pada 31 Julai 1944, Antoine menerbangkan sebuah pesawat P-38 tidak bersenjata dari sebuah pangkalan udara di Corse ketika menjalankan suatu kegiatan meninjau pergerakan barisan tentera Jerman sekitar lembah Rhone sebelum serangan pihak Berikat dilakukan di kawasan selatan Perancis ("Operation Dragoon"). Beliau tidak kembali ke markasnya malah tidak dapat dikesan langsung sehingga memeranjatkan rakan seperjuangannya.[7] Seorang mayat yang tidak dapat dikenali berkelengkapan uniform tentera Perancis dijumpai di sebelah baray kepulauan Frioulo selatan Marseille tidak lama selepas laporan kehilangan Antoine dibuat, dan dikebumikan di Carqueiranne pada bulan September tahun sama.
Pada September 1998, seorang nelayan menemui sebuah gelang pengenalan dilekatkan pada secebis kain ketika berada di bahagian timur Pulau Riou selatan Marseille; gelang tersebut tertera nama keluarga "Saint-Exupéry", nama seorang isteri waris bernama "Consuelo"[8] dan "Reynal & Hitchcock", nama syarikat penerbit karya Antoine. [9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.