From Wikipedia, the free encyclopedia
Anthony Kiedis (lahir 1 November 1962) ialah seorang pemuzik, penyanyi dan pelakon dari Amerika Syarikat. Beliau mengetuai kugiran Red Hot Chili Peppers sebagai vokalis utama ia.
Anthony Kiedis | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | Tony Cole Dammett Tony Flow Antoine the Swan[1] |
Kelahiran | Grand Rapids, Michigan, Amerika Syarikat | 1 November 1962
Genre |
|
Pekerjaan |
|
Instrumen |
|
Tahun aktif | 1983–kini |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | Red Hot Chili Peppers |
Laman sesawang | redhotchilipeppers |
Kiedis lahir di bandar Grand Rapids, negeri Michigan pada tahun 1962. Ibunya Margaret "Peggy" Noble, seorang suri rumah mananakala ayahnya John Michael Kiedis seorang pelakon di bawah nama Blackie Dammett;[2] keluarga sebelah ayahnya imigran dari Lithuania pada tahun 1900-an.[3] Kedua ibu bapanya bercerai pada usia 3 tahun, di mana Anthony tinggal dibesarkan ibunya di Grand Rapids, ibunya berkahwin lagi lalu mempunyai dua adik perempuan tiri hasil hubungan tersebut.[4]
Anthony sering berkunjung melawat bapanya di Hollywood selama dua minggu - hubungan bersama begitu rapat pada ketika ini.[5] Beliau berpindah ke California untuk hidup bersama bapanya pada 1974 ketika berusia 12 tahun.[6] Di sana, Anthony menceburi lakonan di bawah nama Cole Dammett dengan filem F.I.S.T. tahun 1978 sebagai anak watak lakonan Sylvester Stallone antara lainnya.
Kiedis bersekolah di Fairfax High School di Los Angeles; pada ketika itu beliau susah berkawan memandangkan beliau baru sahaja berpindah negeri. Namun, beliau berkenalan dengan Michael "Flea Balzary dalam suatu perbalahan, namun lama-kelamaan mereka menjalin suatu persahabatan yang rapat dan "tahan lama".[7][8] Dia turut memperkenalkan Flea kepada muzik punk rock - Flea sudah tahu menahu hal bidnag muzik dengan minatnya terhadap genre jazz pada ketika itu
Kiedis, Flea dan Slovak memulakan kugiran mereka sendiri, Red Hot Chili Peppers, pada tahun 1984.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.