Angin Kencang (EP Noh Salleh)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Angin Kencang (EP Noh Salleh)

Angin Kencang ialah EP (atau album mini) solo pertama oleh vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh,[3][4] dikeluarkan pada 7 Julai 2014 oleh Noh Phrofile Enterprise dan diedarkan oleh Sony Music Malaysia.[5][6] EP ini dikeluarkan semula pada 4 Ogos 2017 sebagai album studio dengan penambahan tiga lagu baru.[7][8]

Fakta Segera EP oleh Noh Salleh, Dilancarkan pada ...
Angin Kencang
Thumb
EP oleh
Dilancarkan pada
  • 7 Julai 2014
  • 4 Ogos 2017 (keluaran semula)
Dirakamkan pada2013–2014
GenreSoft rock, french pop,[1] new age jazz[2]
SyarikatNoh Phrofile Enterprise, Sony Music Malaysia
Kronologi Noh Salleh
Angin Kencang
(2014)
Angin Kencang
(2017)
Single daripada Angin Kencang
  1. "Angin Kencang"
    Dikeluarkan: 2014
  2. "Sang Penikam"
    Dikeluarkan: 2014
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Latar belakang

Noh mengambil masa selama dua tahun untuk menyiapkan EP ini. Beliau berkata, “Saya puas dengan semua hasil lagu dalam album ini kerana ia merupakan genre muzik french pop yang saya inginkan. Proses pembikinan selama dua tahun yang mana saya tidak begitu terburu-buru dan dapat berkarya dengan tenang."[5] Dalam temuramah bersama New Straits Times, Noh menyifatkan Angin Kencang sebagai sebuah karya yang dekat di hatinya.[9]

Keluaran

Angin Kencang dikeluarkan pada 7 Julai 2014, dan dilancarkan secara rasmi pada 28 Oktober 2014 di White Box, Publika.[10] Album ini telah terjual sebanyak 1,000 unit.[11]

Senarai runut

Kesemua runut ditulis dan digubah oleh Noh Salleh, kecuali yang ditanda.

Maklumat lanjut No., Tajuk ...
No.TajukPenulisMasa
1."Gelung"Noh Salleh, Ade Filza Paloh4:29
2."Angin Kencang"3:57
3."Biar Seribu"3:59
4."Bunga Di Telinga"Noh Salleh, Ade Filza Paloh4:14
5."Sang Penikam"Noh Salleh, Ade Filza Paloh5:42
6."Angin Kencang" (Piano Live Version) 5:07
Tutup

Kesemua runut ditulis dan digubah oleh Noh Salleh.

Maklumat lanjut Lagu-lagu baru keluaran semula 2017, No. ...
Lagu-lagu baru keluaran semula 2017
No.TajukMasa
1."Mr. Polia"4:27
2."Renjana"4:08
3."Sarawak"3:50
Tutup

Sejarah keluaran

Maklumat lanjut Negara, Tarikh ...
Negara Tarikh Format Label
Malaysia 7 Julai 2014 Muat turun digital[12]
pensitriman digital[13]
Noh Phrofile Enterprise, Sony Music Malaysia
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.