From Wikipedia, the free encyclopedia
Anas bin Maalik ibn Nadar al-Khazraji Al-Ansari (Arab: أنس بن مالك الخزرجي الأنصاري , c.612-712, atau meninggal dunia 709[1]) adalah seorang sahabat Nabi ﷺ yang dikenali.
Beliau adalah seorang Ansar dari kalangan Bani Khazraj. Beliau tidak boleh dikelirukan dengan Malik ibn Anas. Anas ibn Malik, adalah sahabat terakhir yang meninggal dunia dan meninggal beliau adalah di al-Basrah pada 93 Hijrah berusia 103 tahun.[2]
Anas ibn Malik dilahirkan 10 tahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad ﷺ kepada suku Bani Khazraj dari Yathrib. Beliau hadir di Madinah semasa baginda Nabi Muhammad ﷺ berada di sana dan selepas kewafatan baginda. Beliau merupakan sahabat Nabi yang paling lama hidup, meninggal dunia 93 tahun selepas Hijrah (kira-kira 711 Masihi).[3]
Beliau dilahirkan oleh Umm Sulaim (daripada Banu Najjar) dan Malik ibn Nadr. Selepas bapa Anas meninggal dunia sebagai bukan Islam, ibunya berkahwin semula dengan seorang mualaf (Abu Talha ibn Thabit), dan beliau mendapat abang tiri, Abdullah ibn Abu Talha.[4]
Beliau telah dipersembahkan kepada Muhammad ﷺ sebagai pembantu oleh ibunya pada usia yang muda. [1]
Selepas kewafatan Nabi Muhammad ﷺ pada 632, beliau mengambil bahagian dalam perang penaklukan,[1] dan pergi ke Syam dan kemudian menetap di Basra.
Beliau adalah salah seorang sahabat Muhammad ﷺ yang hidup paling lama.
Pada 25 Februari 2006, makam beliau di barat Basrah telah diserang dan dirosakkan.
Beliau adalah salah seorang perawi utama hadith, dan seperti semua Sahabat, riwayat beliau dianggap boleh dipercayai.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.