From Wikipedia, the free encyclopedia
Al-Musta'sim Billah (bahasa Arab: المستعصم بالله) bergelar Abu Ahmad dan bernama lengkap Abdullah bin al-Mustanshir Billah (lahir 1213 - 20 Februari 1258) adalah khalifah terakhir Bani Abbasiyah di Baghdad; dia berkuasa dari 1242 hingga 1258.
Dilahirkan pada tahun 609 H / 1213, beribukan seorang perempuan yang bernama Hajar. Dilantik sebagai khalifah setelah kematian ayahnya. Diriwayatkan bahawa beliau bersifat pemurah, penyabar, sihat tubuhnya dan baik agamanya.
Pada tahun 1258 Khalifah Bani Abbasiyah, yang luas wilayahnya saat itu hanya Irak dan Syria sekarang, diserang oleh tentera Monggol di bawah Hulagu Khan, cucu kepada Genghis Khan. Dalam perjalanan menuju ke Baghdad, Hulagu Khan memiliki beberapa pasukan yang berjalan serentak ke kota itu, dan mengepungnya. Khalifah diperdaya oleh janji-janji dari menterinya iaitu Umaiyiddudin Muhammad Al-Aqami bahawa tentera Monggol akan keluar sendiri dan kota akan menjadi aman semula. Khalifah tidak menyediakan pasukan untuk mempertahankan Baghdad kerana dikurangkan oleh menterinya yang bersikap khianat . Rukunuddin Al-Daudar yang menjadi panglima ketika itu hanya mampu bertahan seketika dan akhirnya pergi ke Mesir untuk mendapatkan pertolongan .
Baghdad diserang pada tanggal 10 Februari, Khalifah diseksa oleh Hulagu Khan segera setelah itu. Tentera Monggol tidak mahu menumpahkan "darah khalifah" kerana itu memang adat istiadat Monggol , sehingga mereka menyelubunginya dengan permadani dan menginjak-injaknya hingga mati dengan kuda mereka. Semua anaknya dibunuh kecuali seorang sahaja yang masih hidup lalu dihantar sebagai tahanan ke Mongolia.
Al-Musta'sim adalah khalifah yang berkuasa di masa buku O Homem que Calculava, oleh Malba Tahan (nama samaran Júlio César de Mello e Souza yang kelahiran Brazil). Akhir cerita buku ini merujuk pada kekalahannya dan Pengepungan Baghdad namun, pimpinan penyerbu itu dikatakan Genghis Khan bukannya Hulagu Khan, dan tidak disebutkan bahwa Al-Musta'shim dipenggal selain daripada diinjak-injak.
Al-Musta'sim Tarikh keputeraan: 1213 Tarikh kemangkatan: 1258 | ||
Gelaran Sunnah Islam | ||
---|---|---|
Didahului oleh Al-Mustansir |
Khalifah Islam 1242 – 1258 |
Diikuti oleh: Al-Mustansir II |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.