Air Terjun Victoria merupakan salah satu air terjun paling mengagumkan di dunia. Air terjun ini terletak di Sungai Zambezi, yang pada ketika ini membentuk sempadan antara Zambia dan Zimbabwe. Air terjun ini memiliki kelebaran kira-kira 1,708 meter (5,604 kaki)..

Fakta Segera Maklumat am, Nama asli ...
Air Terjun Victoria
اير ترجون ۏيکتوريا
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Fail:Cataratas Victoria, Zambia-Zimbabue, 2018-07-27, DD 05.jpg, Vic Falls 2024.jpg
Maklumat am
Nama asliVictoria Falls
Sebahagian dari
Sungai Zambezi Sunting ini di Wikidata
TermasuklahMosi-oa-Tunya National Park
Victoria Falls National Park Sunting ini di Wikidata
Inskripsi1989 (sesi ke-13)
Keluasan6,860 he (738,000,000 ka2)
Maklumat lokasi
LokasiLivingstone, Victoria Falls, Southern Province, Matabeleland North Province, Zambia, Zimbabwe Sunting ini di Wikidata
Koordinat17°55′29″S 25°51′29″E
Thumb
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

David Livingstone, penjelajah Scotland, mengunjungi sungai ini pada tahun 1855 dan menamakannya atas nama Ratu Victoria, sedangkan nama tempatannya adalah Mosi-oa-Tunya, ("asap menggelegak").[1] Air terjun ini merupakan sebahagian daripada dua taman negara, Taman Negara Mosi-oa-Tunya di Zambia dan Taman Negara Air Terjun Victoria di Zimbabwe. Air Terjun Victoria juga sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Air terjun ini merupakan objek pelancongan utama di Selatan Afrika.

Saiz

Walaupun Air Terjun Victoria bukanlah air terjun yang tertinggi ataupun terlebar di dalam dunia, ia diklasifikan sebagai yang terbesar, berlandaskan kelebaran 1,708 meter (5,604 kaki)[2] dan tinggian 108 meter (354 kaki),[1] yang menghasilkan kejatuhan kumpulan air yang paling besar. Air Terjun Victoria lebih kurang dua kali ganda lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara di Amerika Utara dan lebih dua kali ganda lebar daripada Air Terjun Horseshoe di Niagara. Dari segi tinggi dan lebar, Air Terjun Victoria hanya dapat ditandingi oleh Air Terjun Iguazu di Argentina dan Brazil.[3]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.